in

Tak Nak Pakai ‘Face Mask’ & Amal ‘Social Distancing’, Lelaki Ini Meninggal Lepas Sehari Disahkan Positif COVID-19

Tak Nak Pakai Face Mask Amal Social Distancing Lelaki Ini Meninggal Lepas Sehari Disahkan Positif Covid 19 E1612057302431

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang Covid denier  (mereka yang tidak mengakui kewujudan virus COVID-19) dari England yang enggan memakai face mask dan masih keluar berjumpa rakan-rakan walaupun pandemik masih melanda dilapor telah meninggal dunia selepas dijangkiti wabak berkenaan.


0 Gary William Matthews E1611992567135

Memetik laporan Mirror, Gary Matthews, 46, disahkan positif wabak maut itu sehari sebelum dia meninggal dunia pada 13 Januari lalu.

Portal berita sama juga mengkhabarkan, Gary mula menunjukkan simptom-simptom virus itu kurang dari seminggu sebelum dia disahkan positif.

Merupakan penyumbang tetap di forum teori konspirasi

Social Distancing E1611992689419
Gambar hiasan

Menurut sepupu lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Tristan Copeland, Gary memang tidak mahu mengamalkan social distancing yang ditetapkan kerajaan. Malah, dia juga tidak mempercayai media.

“Dia (Gary) dan kawan-kawannya ada mindset dimana mereka rasa mereka perlu keluar dan jumpa orang untuk tunjuk yang mereka tak percaya pada kerajaan,” katanya.

Tambah Tristan lagi dalam satu temu bual bersama The Guardian, dia pernah merayu kepada sepupunya itu untuk memakai pelitup muka dan menjaga social distance.

Covid 19 E1611992925645
Gambar hiasan

Selain itu, Tristan juga percaya sepupunya itu berjaya dipesongkan oleh kumpulan konspirasi di internet beberapa bulan sebelum kematiannya.

Gary yang juga merupakan seorang pelukis turut merupakan antara penyumbang terbesar dalam kumpulan teori konspirasi berkenaan.

“Gary seorang yang baik dan berbakat. Saya rasa dia mula tidak percayakan media beberapa tahun lalu. Bermula dari situ, Gary mula terlibat dengan kumpulan yang turut tidak mempercayai perubahan iklim,” katanya lagi.

Sumber: Mirror,The Guardian

Baca: “Konon vaksin hakikatnya racun” – Ada Segelintir Rakyat M’sia Percaya Covid-19 Ini Hanya ‘Agenda Illuminati’?

Collage 49 E1611992189831

Sumber: Mirror
Sumber: Devex

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.