in

“Konon vaksin hakikatnya racun” – Ada Segelintir Rakyat M’sia Percaya Covid-19 Ini Hanya ‘Agenda Illuminati’?

Collage 49 E1611992189831

Sejak awal tahun ini, seluruh dunia telah dilanda pandemik Covid-19, ekoran ini, berjuta-juta orang dah dijangkiti dan jumlah kematian pun dah melebihi satu juta.

Macam yang korang tahu, saintis kini sedang bertungkus lumus untuk membuat vaksin bagi mengurangkan penularan wabak ini. Pun begitu, ada juga segelintir orang yang percaya, Covid-19 ini hanyalah propaganda…

Baru-baru ini, pengacara terkenal Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya ada kongsikan beberapa tangkap layar menerusi Twitter peribadinya menunjukkan segelintir rakyat Malaysia yang percaya pandemik ini hanyalah agenda illuminati yang dibuat oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO). Seriouslahhh?

Dekat bawah ni admin selitkan beberapa paparan tangkap layar yang dikongsikan oleh Fedtri Yahya ini:

“Mereka yang dikurniakan hidayah petunjuk Allah pasti akan terus resign dari Kementerian Kesihatan Malaysia”

Menurut tangkap layar ini, wanita yang mendakwa dirinya bekas jururawat KKM ini mengatakan ramai rakyat “kena kencing”.

Elulworvgaaueer

“Orang menipu ni biasanya gagap”

Ada juga orang yang mengatakan Dr Hisham telah menipu rakyat selama ini dan fitnah kematian orang. Allahu…

“Agenda iluminati, selsema biasa dikira covid”

“Belum ada lagi dalam sejarah penyakit yang boleh menyebabkan dunia berubah strukturnya”

Elulyaavgae AykElumdtpvcaeeb2Z

“Tak baca ke pasal spanish flu dengan bubonic plague?

Berikut adalah komen-komen netizen selepas membaca teori-teori konspirasi ini.

Screenshot 2020 10 28 At 12.53.59 Pm Down

Berkenaan simbol WHO yang memaparkan ular dan satu batang menegak pula, menurut WHO ia dikenali sebagai Rod of Asclepius. Simbol ini telah lama menjadi simbol perubatan. Ia berasal dari kisal Asclepius yang dianggap oleh orang-orang Yunani Kuno sebagai dewa penyembuh.

 

Baca: “Maybe kebetulan je tu” – Game Online ‘PUBG’ Dikatakan Ada Unsur Illuminati?

Screenshot 2020 10 28 At 1.10.19 Pm