in

“Tak makan berapa hari, terkulai layu” – [VIDEO] Viral Pakcik Pengsan Cari Makanan, Dilaporkan Dah Meninggal Dunia

Pakcik4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saat kita menikmati juadah enak dirumah, ada yang mengeluh kerana hanya makan makanan yang ‘tak semengah’, namun kita lupa bahawa ada yang bekalan makanan terputus terus.


Viral di Facebook pada beberapa hari lepas apabila ada seorang pengusaha bengkel motosikal terjumpa seorang pakcik yang terkulai layu pengsan di tepi jalan kerana dikatakan dah beberapa hari tak makan.

 

Tak makan beberapa hari keluar sebab nak cari makan

Menurut sumber pakcik ini keluar kerana nak cari makan, kejadian ini berlaku di Kuala Lipis Pahang sekitar jam 1 petang. Individu tersebut sempat membawa ke kedai serbaneka berhampiran untuk membelikan makanan sebelum memaklumkan kepada pondok polis berhampiran dan dihantar pulang oleh pihak polis.

92748358 221372412426958 5651508647444873216 N 93373800 221372449093621 3609023875951624192 N

Mereka menyumbang sedikit bekalan makanan kepada pakcik tersebut.

“Mangsa dihantar di rumah beliau di Tepi Jalan Kuala Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada masa yang sama Sarjen Zulnizam bersama anggota yang lain merakamkan kawasan-kawasan disekeliling rumah utk rujukan pihak-pihak JKM..Mereka turut membekalkan mangsa dengan makanan
Terima kasih kepada pengadu Che Amirus Syafik (pengusaha bengkel motosikal tempoyang kuala lipis pahang)”

Video rakaman itu viral di Facebook dan meraih hampir 4,000 jumlah perkongsian serta 3.7K retweets apabila ia dikongsikan semula di Twitter.

Dah meninggal dunia

Pada mulanya netizen rasa bersyukur apabila dah ada orang menyalurkan bantuan dan lega melihat dirinya sampai dirumah bahkan di media sosial ada sahaja yang mention pihak berkuasa agar dapat menyalurkan bantuan.

Namun dukacitanya pakcik tersebut telah meninggal dunia sehari keesokan harinya . Ramai yang bersedih melihat nasib pakcik itu yang dikatakan tinggal sebatang kara.

Apapun kami doakan agar pakcik ini tenang disana.

 

Baca : Denda Penjara Dua Lelaki Ditahan Langgar PKP Sebab Memancing Diganti Buat Kerja Khidmat Masyarakat

Penjara

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.