“Tak kelako lah Shuk” – Shuk ‘Prank’ Isteri Nak Minta Izin Kahwin Lain Di IG Live, Rupa-rupanya Hanya Gimik Promosi Produk?

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tak kelako lah Shuk” – Shuk ‘Prank’ Isteri Nak Minta Izin Kahwin Lain Di IG Live, Rupa-rupanya Hanya Gimik Promosi Produk?

Rasanya kebanyakan daripada kita mengikuti kisah pergolakan rumah tangga pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar dan isterinya baru-baru ini.

Meskipun kesudahan hubungan pasangan ini masih menjadi tanda tanya, semalam Shuk dilihat telah membuat kejutan di Instagram Live isterinya dengan meminta izin berkahwin lain. Alamak apa sudah jadi ni? 


Isteri terkejut, Shuk lengkap berbaju Melayu minta izin kahwin lain? 

Live tersebut pada awalnya dimulakan dengan isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera bersama rakan kongsinya ingin membuat promosi mengenai produk mereka.

Walau bagaimanapun, Shuk secara tiba-tiba telah meminta izin untuk join live tersebut dan  muncul di skrin dengan berpakaian pengantin serba biru.

Syuk 2

Shuk kemudian menyatakan hasratnya untuk meminta berkahwin lain tetapi kejadian tersebut ternyatalah hanyalah ‘prank’ semata-mata apabila pelawak ini muncul di hadapan rumah isterinya dengan satu rombongan bersama kompang. Pulak… 

Korang tengoklah sendiri IGTV yang dikongsikan Sera ni…

Hanya gimik produk? 

Pun begitu, pertemuan Shuk dengan isterinya tersebut seakan-akan macam gimik produk pula apabila pelawak ini dilihat mencuba krim yang dipromosi isterinya.

Syuk 1Sumber: Instagram

Sehingga setakat ini, tiada sebarang penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut daripada pihak Sera dan Shuk tentang status hubungan mereka yang dilanda badai ketika ini.

Rata-rata netizen walau bagaimanapun merasakan tindakan Shuk yang ‘prank’ Sera dengan cara meminta izin untuk kahwin itu sangat keterlaluan dan ada juga yang berpandangan Sera seperti tidak selesa sepanjang sesi live diadakan.

Sera SyukSumber: Instagram

Apa-apapun kita sebagai netizen doakan sajalah yang terbaik untuk pasangan ini dan berharap masalah mereka dapat diselesaikan dengan baik. Kasihan dengan anak-anak tu.

Baca: “Contact mak ayah aku cakap dia gugur anak aku” – Kecik Hyper Act Dedah Perkara Yang Dia Pernah Alami Masa Dengan Fara

Kecik 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tak kelako lah Shuk” – Shuk ‘Prank’ Isteri Nak Minta Izin Kahwin Lain Di IG Live, Rupa-rupanya Hanya Gimik Promosi Produk?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tak-kelako-lah-shuk-shuk-prank-isteri-nak-minta-izin-kahwin-lain-di-ig-live-rupa-rupanya-hanya-gimik-promosi-produk/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM