in

Lelaki Hempas Anak Kucing Sampai Mati Sebab Bengang Cinta Ditolak Gadis Pujaan

Anak Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Weh apa masalah orang zaman sekarang ni? Kesian haiwan yang tak bersalah jadi mangsa kekejaman manusia! 


Masa 16 Mac hari tu, seorang lelaki beli seekor kucing dari pet shop kononnya nak tambatlah hati wanita yang dia cinta. Tapi sedihnya, perempuan tu pegi reject pulak cinta dia dan lelaki tu apa lagi tak berfikir panjang tak pasal-pasal bunuh si anak kucing yang tak bersalah. Eh gila ke apa ni??

Menurut WORLD OF BUZZ, kejadian yang berlaku di Nanjing, China ni terjadi bila seorang lelaki bernama Zhang, beli seekor anak kucing umur dua bulan dengan harga 2,000 yuan (lebih kurang RM1,200 macam tu). Dengan berkobar-kobarnya, dia gunakan kucing tu untuk luahkan perasaan cinta dia dekat pekerja receptionist di syarikat dia bekerja.

3Aaeab442Aac4F33A0D6E5Bd0Ad0609A
sumber: wob

Seperti yang korang tahu, receptionist tu reject Zhang tapi dia tak sampai hati nak tolak pemberian anak kucing tu. Jadi dia pun terimalah dan jaga kucing tu untuk beberapa hari. Tapi tak lama lepas tu, perempuan tu jumpa dengan Zhang dan bagi balik anak kucing tu sebab dia kata dia tak reti jaga anak kucing. Laa pulak dah! 

Tahap kesihatan anak kucing tu pulak menurun dan si comel tu pun dah tak makan beberapa hari. Alahai siannya… Pening dengan macam-macam benda jadi, Zhang pun pegilah balik ke kedai haiwan peliharaan dan mintak owner kedai tu jagakan anak kucing dia untuk sementara waktu. Owner kedai tu pun tak banyak tanya terus je terima permintaan Zhang sebab kesian tengok keadaan anak kucing tu.

Lepas beberapa hari, Zhang datang ke kedai haiwan peliharaan tu balik semula. Tapi kali ni dia bagitahu permintaan pelik dia kat owner kedai tu yang tak masuk akal langsung! Dengan muka tak malunya, Zhang suruh pemilik kedai tu terus jaga anak kucing dia sebab dia tak ada masa nak jaga dan kalau owner kedai tu tak nak jaga, dia nak refund balik duit anak kucing yang dia beli tu. Kesian anak kucing tu tau! 

Bila owner kedai tu tolak permintaan Zhang, dia terus cakap,

Bagi aku kucing tu. Biar aku settle dia (anak kucing) sendiri.” 

Zhang terus bawak kucing yang duduk dalam bekas pink tu keluar kedai dan hempas si comel yang tak bersalah tu atas lantai berkali-kali. Kata saksi, boleh dengar kot suara anak kucing tu ngiau-ngiau sakit tapi si Zhang ni dah macam orang naik hantu, hentam anak kucing tu sampai mati. Weh ko manusia ke setan nih?? 

Screen Shot 2018 03 19 At 6.40.59 Pm
sumber: wob

Bila staf pet shop tu keluar dari kedai, kucing tu dah tak dapat diselamatkan lagi dan ditemui mati lembik atas lantai. Dorang pun bergegas call polis dan macam biasa penjenayah macam Zhang cepat-cepat larikan diri. Pekerja kedai menangis tengok keadaan kucing tu dan dorang kebumikan lepas tu.

E1D43B176B454E00B956599A02D1Db9E
sumber: wob

Perangai gila Zhang dapat perhatian netizen dan ramai yang kutuk dia sebab jadi manusia yang tak berhati perut. Tapi sampai sekarang kami tak sure sama ada Zhang dah kena tangkap atau tak, cuma syarikat kat tempat dia bekerja memang dah fired dia.

Nasiblah perempuan tu tak terima cinta Zhang. Lelaki yang pukul haiwan comel macam kucing ni tak boleh dibuat suami. Takut nanti kita pulak dipukulnya bila dah jadi isteri. 

Baca: “Aku nampak dua tangan yang menyeksa anjing tu dan sengaja merakam dengan tujuan nak viralkan!” 

Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.