in

“Tak dapat tampung berat”-[VIDEO] 10 Pelajar Lemas, Jambatan Gantung Putus Masa Tengah Berselfie

Featured 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat untuk bergambar bersama rakan-rakan akhirnya bertukar tragedi menyayat hati sehingga menyebabkan 10 orang terkorban.


Dalam kejadian di Desa Manau Sembilan II, Padang Gudi Hulu, Kabupaten Kaur pada Ahad petang, 10 orang mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai selepas jambatan gantung dinaiki mereka terputus, lapor Sinar Harian.

Kesemua mangsa dihanyutkan arus deras akibat banjir di daerah terbabit.

Semasa kejadian terdapat lebih 30 orang kebanyakannya pelajar berada di atas jambatan gantung itu.

“Jambatan yang baru dibina itu mungkin tidak dapat menampung berat berlebihan menyebabkan ia terputus,”- Ujang Syafiri, Ketua Agensi Pengurusan Bencana

Katanya lagi, seramai 17 mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

 

Takziah kepada keluarga arwah

Baca : “Kontraktor patut kena hukum gantung”  Budak Mati, Jatuh Dari Tingkat 5 Jambatan Tak Siap Di Sabah. Tapi Polis Kata, Ibu Yang Cuai?

5 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.