in

“Kontraktor patut kena hukum gantung” – Budak Mati, Jatuh Dari Tingkat 5 Jambatan Tak Siap Di Sabah. Tapi Polis Kata, Ibu Yang Cuai?

Video Johor Toddler Falls 5 Floors To Her Death From Incomplete Bridge Police Say Negligence World Of Buzz 8 768X404

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung tahun merupakan bulan untuk keluarga luangkan masa bersama keluarga dan pergi bercuti. Bagaimana pun, bagi keluarga ini, percutian mereka menjadi tragedi yang tak dapat dilupakan.


Pada hari Ahad lalu, satu keluarga dari Batu Pahat, Johor yang tengah bercuti di Penampang, Sabah sedang makan tengahari di tingkat 5 satu bangunan di Jalan Bundusan.

Korang semua yang dah ada anak mesti tahu yang dorang ni bukan boleh duduk diam untuk masa yang lama kan? So, ibu kepada dua orang kanak-kanak perempuan (berusia 3 dan 1 tahun 7 bulan) ini membenarkan anak-anaknya berjalan di koridor berhampiran sambil mengekori mereka dari belakang. Dua adik-beradik ini sedang jalan dalam keadaan gembira sambil berpimpin tangan.

Disebabkan tak ada sebarang papan tanda amaran diletakkan, ibu ini hanya membiarkan anak-anaknya berjalan di hadapan sambil memerhatikan mereka.

Namun apa yang ibu dan kanak-kanak ini tak tahu, di depan mereka ada jambatan penghubung yang masih belum siap.

Video Johor Toddler Falls 5 Floors To Her Death From Incomplete Bridge Police Say Negligence World Of Buzz 4 768X576
Sumber: facebook
Video Johor Toddler Falls 5 Floors To Her Death From Incomplete Bridge Police Say Negligence World Of Buzz
Sumber: facebook

Kanak-kanak yang berusia setahun tujuh bulan itu kemudiannya melepaskan tangan kakaknya dan berlari menuju ke jambatan tersebut sebelum jatuh ke dalam lubang di antara pintu dan jambatan tak siap tersebut.

Video Johor Toddler Falls 5 Floors To Her Death From Incomplete Bridge Police Say Negligence World Of Buzz 2

Sejurus selepas insiden ini berlaku, kanak-kanak malang ini dikejarkan ke hospital namun dia disahkan mati oleh doktor di hospital.

Pun begitu, menurut Daily Express Sabah, sebuah akhbar Cina mengatakan yang ibu ini tak perhatikan anak-anaknya semasa insiden tersebut berlaku. Akhbar tersebut menggunakan perkataan “membiar” yang dikatakan diambil dari kenyataan rasmi dari pihak polis.

Laporan ini mengejutkan ahli keluarga mangsa kerana mereka mempunyai video menunjukkan yang ibu kanak-kanak ini ada di belakang mereka sebelum kemalangan.

Kenyataan rasmi dari pihak polis ini sangat bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh ibu mangsa. Pakcik kepada kanak-kanak malang ini, Roger Chow juga berkata, dalam laporan polis pun dah dinyatakan yang ibu kanak-kanak ini sedang mengawasi anak-anaknya bermain.

Mak dorang tak ‘membiar’kan mereka mahu pun abaikan mereka seperti yang diberitahu. Malah, dia tengah rakamkan anak-anaknya yang sedang berlari di hadapan tanpa mengetahui bahaya yang menanti mereka. Dalam laporan polis pun dia dah cakap yang tak ada papan tanda amaran yang diletakkan oleh pengurusan bangunan.”

Untuk menunjukkan apa yang dikatakan ini benar, Roger menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas insiden malang itu berlaku.

Video Johor Toddler Falls 5 Floors To Her Death From Incomplete Bridge Police Say Negligence World Of Buzz 5
Sumber: facebook

Bukan tu je, CCTV berhampiran pun memang tunjuk yang ibu dua kanak-kanak ni ada dekat belakang masa dorang tengah main.

Child fell to death in T1 Bundusan, Penampang

Child fell to death in T1 Bundusan, PenampangThe mother was just behind video recording her two children (the victim and her three-year-old sister) as they ran excitedly towards the end of the link-bridge (where her one year and seven-month-old daughter fell through the gap),” said the girl’s uncle, Roger Chow.Based on the report issued to the media, the family had gone out to eat at a restaurant on the fifth floor of the premises.The mother was said to have let the victim and her brother play in the surrounding area. The youngsters were said to have gone through a corridor connecting a building that was under construction.The victim lost her footing and fell through the gap, resulting in her plummeting five floors to the ground. She was pronounced dead about 4.30pm by doctors at the hospital.Police were alerted of the incident about 3.40pm. The case was classified as sudden death. Happened on December 2, 2019

Posted by Supermarket Borneo on Monday, December 2, 2019

Allahu, hopefully pihak pengurusan bangunan dan orang yang terlibat dapat bertanggungjawab atas kematian kanak-kanak ni dan bukan senang-senang je salahkan ibu yang tengah sedih ni.

 

Baca: Rakaman CCTV Menunjukkan Detik Ngeri Bapa Terjatuh dan Menghempap Mati Anaknya

Screenshot 2019 12 05 At 10.51.51 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.