Sejak Malaysia bergelut dengan penularan COVID-19, kerajaan telah mengisytiharkan PKP. Dari situ sebarang aktiviti rakyat dihentikan buat sementara waktu.
Ketika itu, banyak laporan yang menunjukkan keadaan sungai di negara kita semakin pulih.
Tapi sayang itu hanyalah seketika, baru-baru ini viral gambar keadaan sungai di Ampang yang dikatakan sudah dicemari dengan sampah sarap.
Menerusi Facebook This is Ampang, kejadian sungai yang dicemari itu berlaku berdekatan kawasan jambatan Taman Kosas dan stesen minyak Caltex.
https://www.facebook.com/ThisIsAmpang/posts/1673157409518510
Antara jenis sampah yang ditemui adalah sofa, kain pelikat, bantal, bungkusan plastik, dan sebagainya.
Jangan ambil ringan dengan perkara ini, jika sungai dipenuhi sampah ia akan menyekat laluan air. Bila ini terjadi, mula lah air sungai naik lepas tu melimpah keluar ke jalan raya.
Disebabkan ini jugalah banjir boleh berlaku tau…
Namun di ruangan komen, ada yang mendakwa pencemaran itu bukan dilakukan warga tempatan sebaliknya warga asing. Namun kesahihan fakta ini tidak dapat dipastikan.
Yang pasti sungai ini sudah tercemar dengan sampah sarap, sekaligus ianya membimbangkan penduduk di kawasan berdekatan.
Lepas PKP semua jahan*m
Warga asing kott..
Bukan boleh akibat banjir sahaja…
Jadi sama-samalah kita jaga alam persekitaran, bukan air sahaja malah kesemuanya sekali. Inikan bumi kita, sayangilah dia.
Baca: “Kalau tak mcm teh ais” – Netizen Gembira Tengok Sungai Klang Lebih Bersih Waktu PKP