in ,

“Kalau tak mcm teh ais” – Netizen Gembira Tengok Sungai Klang Lebih Bersih Waktu PKP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan alam sekitar dunia secara amnya semakin elok hasil daripada perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pemimpin dunia. Malaysia juga tidak terkecuali.


Kali ni admin nak share satu video oleh @heritagepenang di Twitter. Dalam video tu, korang boleh tengok Sungai Klang yang biasanya keruh, nampak lebih jernih. Kalau tak percaya, cuba tengok video kat bawah ni.

 

Baru nampak elok sikit

Memang tak dinafikan nampak bersih air yang mengalir tu. Sebab biasanya warna air tu keruh macam teh ais. Tapi untung keselamatan bersama, jangan lah korang pegi amik minum atau mandi pulak ye. Nampak je bersih, tapi mungkin masih ada bakteria yang kita tak nampak.

Betul, dekat tempat lain luar negara pun nampak bersih pemandangan dan udara sekitar. Mungkin ni hikmah disebalik pandemik Covid-19

Bersih lah jugak tu. Bersih dari sampah sarap. Bukan sebab buih tu terus kita kata kotor. Sekurang-kurangnya sedap mata memandang.

Admin pun suka tengok keadaan sungai kita yang bersih macam tu. Harap lepas PKP keadaan sungai mantain lah macam ni. Baru sedap mata memandang.

 

 

Baca: “Lawanya!” – Udara Dah Bersih! Penduduk India Nikmati Pemandangan Jelas Banjaran Himalaya Waktu Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.