in

“Tak beragak ko nak lari” – Pandu Lori Secara Mengundur Lepas Rempuh Motosikal, Pemandu Teruk Kena ‘Bantai’ Dengan Orang Awam

Accident 1

Semalam, tular satu video yang menunjukkan sebuah lori dipandu secara mengundur hingga melanggar beberapa kenderaan di belakangnya sebelum lori tersebut terbalik ke tepi jalan.

Menurut Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di Jalan Perak Kanan, Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat dan pemandu lori itu katanya melakukan tindakan berkenaan kerana ingin melarikan diri selepas terbabit dalam satu kemalangan.

09Mac2021/SelangorMaklumat awal sebuah lori dipandu secara mengundur dan merempuh sebuah kereta di Kampung Bukit…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, March 9, 2021

 

Susulan daripada tindakan melulunya yang memandu secara mengundur, pemandu lori tersebut mengalami kecederaan di kepala, leher, muka, belakang badan dan di tangan serta kaki akibat dipukul orang awam yang berada di tempat kejadian.

158845412 1839336319577403 2990838485901317917 N

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, lelaki berusia 53 tahun itu dipukul selepas melanggar sebuah motosikal dan cuba melarikan diri.

“Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, lelaki berkenaan dipercayai cuba melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal berusia 21 tahun yang sedang bergerak dari arah Jalan Banting-Dengkil menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Apabila sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal itu dilanggar pemandu lori yang hendak membelok ke simpang di sebelah kiri jalan.

“Selepas perlanggaran itu, pemandu lori dikepung orang kampung menyebabkan dia mengundurkan lori seterusnya melanggar sebuah lagi motosikal serta sebuah kereta,” katanya.

Lari 1

159458826 1839336392910729 6315533425781495268 N

Pemandu lori itu telah dibawa ke Hospital Banting bagi mendapatkan rawatan. Manakala penunggang motosikal yang patah tangan dan cedera di kaki itu pula sudah mendapatkan rawatan kecemasan di hospital yang sama.

Dua lagi mangsa kemalangan dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Saksi bebas juga dikesan untuk membantu siasatan dan lokasi kemalangan tidak mempunyai kamera litar tertutup.

Kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987 (perlanggaran pertama) dan Seksyen 42(1) APJ 1987 (perlanggaran kedua).

Video perlanggaran tersebut mendapat pelbagai kecaman netizen yang menganggap sikap pemandu lori sebagai tidak bertanggungjawab kerana ingin melarikan diri.

Salah

Berhati-hatilah di jalan raya… ngeri min tengok kemalangan yang berlaku semenjak dua menjak ni. 

Baca: “Diarahkan berhenti tapi mereka lari” – [Video] Kejadian Sebenar Insiden Viral 2 Remaja Kemalangan Didakwa Ditendang Polis

Langgar

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook