in

“Diarahkan berhenti tapi mereka lari” – [Video] Kejadian Sebenar Insiden Viral 2 Remaja Kemalangan Didakwa Ditendang Polis

Polis4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, viral di media sosial berhubung dengan satu kejadian di Pulau Pinang dimana  2 orang remaja terlibat dalam satu kemalangan.



Khabar angin mengatakan bahawa, dua remaja itu telah dikejar dan ditendang polis. Semalam, Harian Metro melaporkan bahawa kes ini telah disiasat oleh pihak berkuasa.

 

Bukan ditendang, tapi pecut sampai langgar kereta sebab…

Di media sosial, selain video mangsa berlumuran darah akibat cedera parah viral di media sosial, ada video memaparkan orang ramai berkerumun di lokasi kejadiaan, Jalan Tanjong Tokong.

Dilihat seperti orang awam memarahi pihak polis yang cuba meredakan keadaan

Ia susulan dakwaan yang diperkatakan, polis kejar mangsa dan tendang sehingga menyebabkan kemalangan. Namun begitu, laporan telah dibuat oleh anggota polis berkenaan.

Er8W6Qvu0Aejxu2 1

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong dalam satu kenyataan berkata, dua individu terbabit ditahan polis kerana tidak memakai topi keledar saat menunggang motosikal.

Mereka diarahkan untuk berhenti, namun dua individu tersebut pecut laju sehingga langgar lampu merah dan ia telah menyebabkan mereka rempuh sebuah kereta.

139078824 4114292691932248 2470940242402478408 O

 

Dalam pada itu, menerusi Harian Metro, pemandu kereta itu juga turut menyatakan perkara yang sama. Sehubungan dengan itu, polis menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung kejadian sehingga timbul kekeliruan.

“Siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut di talian 010-9771517.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Baca : Warga Emas Cedera ‘Dibantai’ Pengguna Jalan Raya, Jadi Punca Rider Maut Dalam Kemalangan

Wargaemas

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.