in

“Tahu aku siapa? Aku penguatkuasa” – Dakwa Diri Orang DBKL, Lelaki Belasah & Ludah Warga Emas Sebab Enggan Bagi Rm 5

Video Alleged Dbkl Officer Asks For Rm5 Fee Hits Spits At Elderly Seller Who Refuse To Pay World Of Buzz 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tunjuk belang tak kena tempat, ada satu video viral di media sosial menunjukkan individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai DBKL pukul warga emas hanya disebabkan RM5.


Kejadian berlaku di belakang Mydin Kotaraya. Menerusi WORLD OF BUZZ, warga emas tu berniaga di kaki lima, kemudian didatangi ‘pegawai DBKL’ untuk meminta wang bayaran sebanyak RM5 kerana berniaga di tempat tersebut.

 

Tak ada kad, tak ada uniform, dakwa diri pegawai DBKL

 

Video berdurasi 45 saat itu dikatakan membuat peraturan sendiri kononnya sesiapa yang nak berniaga barang disitu harus membayar RM 5. Disebabkan warga emas itu enggan bayar lah dia melenting.

Dalam video tersebut, individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai DBKL itu tendang barang-barang jualan dan ludah dekat warga emas tu.

Daripada perkongsian di Facebook ini, Tia Fatehah yang berada di tempat kejadian menjelaskan tindakan ‘pegawai DBKL’ itu amat keterlaluan.

” PAKCIK TU PUN AKU KENAL BUKAN JENIS BANYAK CAKAP.. . yang konon mengaku tu.. #dbkl. #penguatkuasa.. KALAU BETUL TUNJUK LA KAD DBKL KE APE KE UNIFORM KE…dia ada kawan DBKL tu je. Dia tak dapat pau pakcik tu rm5.. Kalau nak niaga situ bagi rm5.. Tapi pakcik tu tak nk bagi.. Tu yg dia bukak silat tadi tuu..”

Video Alleged Dbkl Officer Asks For Rm5 Fee Hits Spits At Elderly Seller Who Refuse To Pay World Of Buzz

Malah dia juga turut menegaskan pangkat dan kuasa dia sebelum cekik dan ludah dekat warga emas tu, siap tendang dan ugut untuk sita semua barang perniagaannya.

“Dia asyik cakap… Kau tahu aku siapa. Then pakcik tu jawab. Sapa? Apa?. Aku penguat kuasa. Kau tggu jap. Aku pggil lorry…. Pastu dia siap tendang box pakcik ni. Siap ludah….BOLEH DENGAR DENGAN JELAS DIA CAKAP DIA PENGUAT KUASA. KALAU BETUL. WAJAR KE.??”

Apa yang membuatkan Fatehah curiga dengan dia adalah, dia buat 3 panggilan lepastu tunjuk dekat orang yang tengok kejadian tu. Tapi dia tak tunjuk identiti yang sahih.

 

Dah cuba leraikan tapi ada orang awam kena pukul

Video Alleged Dbkl Officer Asks For Rm5 Fee Hits Spits At Elderly Seller Who Refuse To Pay World Of Buzz 3

Tindakan video itu dirakam disebabkan, orang keliling dah tolong untuk leraikan tapi dia masih melawan lagi, sebelum banyak spekulasi timbul rakam video untuk tunjukkan bukti.

Malah sebelum rakaman, ada orang cuba tarik mereka berdua ni daripada bergelut, tapi ditepis oleh individu itu sampai ada orang awam yang kena pukul.

Video Alleged Dbkl Officer Asks For Rm5 Fee Hits Spits At Elderly Seller Who Refuse To Pay World Of Buzz 2

Selain itu pengakuan dia sebagai DBKL ni juga yang membuatkan orang awam takut nak masuk campur. Fatehah juga dimaklumkan bahawa individu itu memang jenis suka mengacau orang.

 

Baca : “Mungkin pertemuan terakhir mereka” -Sebak, Pasangan Warga Emas Sempat Pegang Tangan 10 Minit Dalam ICU

Wargaemas

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.