in

“Mungkin pertemuan terakhir mereka” -Sebak, Pasangan Warga Emas Sempat Pegang Tangan 10 Minit Dalam ICU

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu kisah tentang pasangan warga emas dari Shenzhen, China ini telah berjaya buat ramai orang sebak. Lepas berkahwin selama 57 tahun, ini mungkin pertemuan terakhir mereka berdua. Jom baca kisah mereka…


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita warga emas, Peng telah dimasukkan ke dalam hospital pada 8 Julai kerana mengalami pendarahan otak manakala suaminya, Gao mengalami serangan jantung pada 17 Julai. Kedua pasangan ini telah dihantar ke Hospital Universiti Hong Kong-Shenzhen untuk mendapatkan rawatan.

Pada 27 Julai, Peng telah tersedar selepas pembedahan hanya untuk mengetahui yang suaminya berada di ICU. Takut tak sempat berjumpa lagi dengan suami tersayang, Peng meminta pihak hospital menghantarnya ke ICU untuk berjumpa Gao.

Walaupun Peng belum sembuh dari pembedahannya itu, pihak hospital bersetuju untuk menunaikan permintaan wanita tua ini. Lalu mereka menolak katil Peng ke ICU sebelum meletakkan katil tersebut bersebelahan dengan katil Gao.

Old Couple World Of Buzz
Sumber: wob

Seronok dapat melihat suaminya mungkin buat kali terakhir, Peng memegang tangan Gao sambil melihat muka suaminya yang tak sedarkan diri.

Anak mereka mengatakan yang keadaan Gao sangat kritikal selepas mendapat serangan jantung. Dia pengsan dan sejak itu masih belum bangun. Anak perempuan mereka ini hanya memberitahu ibunya selepas pembedahan kerana merasakan yang bapanya tak akan bertahan lama.

Apa yang menyedihkan lagi, walaupun Peng tahu yang Gao tak dapat membuka matanya, dia tetap cuba untuk memanggil suami kesayangannya ini.

Old Couple World Of Buzz 2
Sumber: wob

“Orang tua… orang tua…”

Penyatuan menyayat hati ini hanya berlangsung selama 10 minit kerana anaknya tak mahu stress-kan Peng dan mereka menjaga emosi wanita ini kerana tak nak keadaan kesihatannya bertambah teruk.

“Mulanya saya tak sangka yang pihak hospital bersetuju bagi ibu saya tengok ayah saya di ICU. Saya sangat bersyukur dengan keputusan pihak hospital kerana bukan saja mereka bersetuju, mereka juga terus membawa ibu saya tak lengah-lengahkan masa.

“Sekarang saya dah rasa lega kerana ibu dapat jumpa dengan ayah buat kali terakhir.”

Aduh sedihnyaaaa

 

Baca: Doktor Kagum Lihat Kesungguhan Warga Emas Jaga Isteri Lumpuh Separuh Badan

Screenshot 2019 08 05 At 2.31.20 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.