in

Tabung Harapan Najib?

Najib Charge
KUALA LUMPUR 08/07/2018. Former Prime Minister, Najib Razak transfer from session court room to the high court room at Majestic Court, Kuala Lumpur. MALAYMAIL/Azneal Ishak.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penangkapan dan pendakwaan Datuk Seri Najib Razak telah mendapat perhatian rakyat di seluruh Malaysia terutamanya ahli UMNO dan penyokong setia bekas Perdana Menteri itu. Semalam, bekas PM ni akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dan anak Najib telah membayar RM500,000 terlebih dahulu untuk bebaskan bapa mereka.


Menyedari Najib dan keluarga ada problem daripada segi kewangan kerana hampir cagarkan rumah di Taman Duta untuk bayar ikat jamin, sekumpulan penyokong yang gelar diri dorang “Solidariti Bersama Datuk Najib” bakal lancarkan tabung khas untuk kutip derma bagi bekas pemimpin tu, lapor The Star.

Najib Wave Court
sumber: the star

Kempen derma tu katanya akan dilancarkan pada jam 2 petang hari ni (5 Julai) di rumah Najib dekat Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

“Kami cuma nak beri sokongan daripada segi moral dan kewangan kepada Datuk Seri Najib,” kata jurucakap kumpulan tu, Datuk Mohd Razlan Mohamad Rafii yang jugak bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wilayah.

Mohd Razlan Mohammad Rafii
sumber: mole

Katanya lagi, mereka juga tahu akan amaun ikat jamin RM1 juta yang perlu dibayar  bekas pemimpin tu dan keadaan tersebut membuatkan mereka terpanggil untuk membantu Najib Razak.

Selain tu, tidak diketahui juga berapa yuran perguaman yang perlu dibayar Najib, namun menurut peguam, kes berprofil tinggi ini akan berlanjutan dari 18 hingga 24 bulan dan kemungkinan besar lebih panjang bergantung kepada macam-macam proses yang perlu dilalui.

Kalau korang penyokong tegar Najib Razak, wajib tau derma walaupun RM1! 

Baca: Terpaksa Cagar Rumah Untuk Bayar Ikat Jamin

Mo1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.