in

“Please review semula” – Belajar Online Sampai Hujung Tahun, Pelajar Uni Mohon Yuran Universiti Dikurangkan

Feature 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang dah sedia maklum bahawa pelajar universiti perlu belajar secara online sehingga hujung tahun ini. Kalau belajar macam biasa kat kelas, risiko jangkitan tu tinggi untuk merebak semula. 


Uni 7

Rata-rata pelajar universiti menerima arahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi itu dengan baik namun mereka memohon agar yuran pengajian dikurangkan. Katanya, mereka tak guna semua kemudahan yang disediakan di kampus sebab semua dah belajar di rumah.

Uni 1

Semua pelajar perlu bergabung suara 

Uni 2

Ada baiknya juga kalau yuran dikurangkan sebab rata-rata pelajar sekarang ni rasanya lebih banyak habiskan duit pinjaman pelajaran dorang untuk beli data internet. Ye lah, bukan rumah semua orang ada kemudahan wifi kan. 

Uni 3

Logik jugak tu, kenapa nak bayar benda yang kita tak guna kan? 

Ada juga persatuan pelajar universiti yang membantu menyuarakan suara pelajar dengan meminta pihak universiti masing-masing untuk review semula yuran yang telah dibayar oleh pelajar IPT sebelum ini.

Uni 4

Namun, ada juga netizen yang mengatakan yuran kolej pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dikembalikan semula. Tapi, katanya, bukan semua pelajar jugak yang dapat balik refund. 

Uni 5

Kita faham bukan semua pelajar berasal dari keluarga yang senang, jadi memang ada antara mereka yang menghadapi masalah kewangan.

Semoga perkara ni dapat diselesaikan dengan baik. Kesian pelajar-pelajar kita ni. 

 

Baca: “Bagus cara gov kita handle” – Dari A To Z, Pelajar Uni Kongsi Pengalaman Dibawa Pulang Oleh Kerajaan Lepas Terkandas Di Koleh Sebab PKP

Pelajar Uni

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.