Selalunya penghantar barang atau kurier akan menelefon ataupun membunyikan hon untuk memanggil pelanggan keluar bagi menerima barangan mereka. Ada juga kurier yang tinggalkan saja barang dalam pagar rumah atau atas tembok pagar bila tuan rumah tak keluar. Tapi, kalau barang COD, susah jugak lah kan pada kurier jika tuan rumah tak muncul-muncul.
Satu video pendek tular di media sosial TikTok yang memaparkan tindakan lain daripada lain yang diambil seorang kurier bagi memanggil pelanggannya keluar dari rumah dan menerima parcel mereka.
Difahamkan berlaku di negara jiran, Indonesia, video tindakan berani kurier terbabit dikongsikan di akaun TikTok @rifqiooo. Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih lebih tiga juta tontonan.
Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:
https://www.tiktok.com/@rifqioooo/video/7112083835390545178?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Tuan rumah syok berdangdut kot…
Menerusi video terbabit, tuan rumah berkenaan dilihat membuka pintu rumahnya luas tetapi tidak ada orang di bahagian ruang tamu. Malah, dapat didengari juga muzik dangdut yang kuat dari dalam rumah.
Mungkin sudah penat menjerit memanggil tuan rumah, kurier ini mengambil inisiatif menutup suis eletrik utama rumah pelanggannya.
Selepas dipanggil sekali lagi sesudah mematikan suis eletrik utama, barulah ada yang menyahut dan parcel yang difahamkan menggunakan transaksi COD berjaya dihantar.
Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna TikTok memuji dan menyokong tindakan kurier ini. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka diperlakukan sama seperti di dalam video kerana tak keluar apabila ada barangan COD sampai.
“Kalau pakai COD tapi tak dapat bayaran ni memang susah. Apapun, salute bang kurier yang berani,” komen netizen.
“Dah berapa rumah lah abang kurier buat macam ni. Bagus jugak sebab barang COD ni tak boleh campak je pastu tinggal,” tulis pengguna lain pula.
Sumber: TikTok @rifqiooo, Suara Jogja