Setelah bergelar pembangkang, banyak perubahan berlaku kat UMNO. Dalam kita tak sabar-sabar nak tahu siapa bakal ganti Najib jadi Presiden UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dah pun dipilih jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru buat penggal 2018 – 2021.
Tapi menurut Malaysian Digest, apa yang menjadi perhatian ramai adalah satu ucapan tahniah yang diterima Asyraf. Ucapan tersebut yang dibuat oleh Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Dalam ucapan yang ditulis di Twitter miliknya, Saddiq mengucapkan tahniah yang berbaur sindiran kepada Asyraf. Ini kerana Ketua Pemuda UMNO yang menjadi pilihan ramai itu sudah berusia 42 tahun, jauh lebih tua berbanding dirinya yang baru berumur 26 tahun.
Saddiq juga ada menyatakan keterujaan dia nak bekerjasama dengan Asyraf bagi membincangkan agenda ‘anak muda’ di masa akan datang. Oleh sebab tu, ramai merasakan Saddiq bersifat kebudak-budakan sebab main sindir-sindir macam tu.
Ada juga yang menyamakan Saddiq seperti ‘budak wicet’ sebab berkelakuan tak matang dan katanya semakin lama semakin riak. Uish parah ni!
Tindakan Saddiq itu juga membuatkan ramai mempersoalkan prinsip politik matang yang lantang disuarakannya sebelum ini. Mereka menyindir politik matang dipraktikkan Saddiq yang katanya hanya tahan dua bulan je sebab ahli Parlimen Muar ni sekarang dah makin bongkak. Ouch!
Selain yang mengkritik, ramai juga memberi nasihat kepada Saddiq supaya lebih profesional walaupun tulis tweet je. Katanya Saddiq ni kan ikon kepada golongan belia, so dia sepatutnya jadi contoh yang baik kat golongan masyarakat dan ucap je lah tahniah secara matang.
Menurut dorang lagi, perjalanan politik Saddiq ni masih panjang. Jadi lebih elok kalau dia lebih bersikap neutral kerana Asyraf pun dipilih oleh rakyat, bukan saja-saja dilantik jadi Ketua Pemuda. Ye tak ye jugak tu.
Seeloknya kita kena saling hormat-menghormati tak kira fahaman politik. Semoga kedua-dua pihak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.