in

“Umur 48 tanding Pemuda? Memalukan!”

Syed Saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kita tak tahu kat mana Datuk Seri Jamal Yunos berada sekarang, kejap-kejap kata dekat Indonesia, kejap pulak kata dekat Malaysia je… Kita boleh salute lah keberanian dia yang nak bertanding sebagai ketua pemuda UMNO baru-baru ni.


Namun niat Jamal Yunos nak bertanding ketua pemuda UMNO dah diperlekehkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menganggap ia suatu perkara yang amat memalukan, lapor MMO. Syed Saddiq yang jugak ketua pemuda PPBM berkata, Jamal sudah berusia 48 tahun tapi masih ada muka nak bertanding jawatan pemuda.

Dialog Tun Daim0505A
sumber: mmo

Kalau sampai Jamal Yunos umur 48 tahun pun nak bertanding ketua pemuda UMNO, saya tidak tahulah dunia mana yang kira 48 tahun ini anak muda? Memalukan Malaysia,” kata Syed Saddiq.

Beliau yang jugak ahli Parlimen Muar berkata Shahril Hamdan, bekas calon BN Parlimen Kuala Langat lagi sesuai merebut jawatan tersebut dari Jamal.

P1
sumber: blog

“Saya agak ‘bias’ kepada Shahril kerana beliau merupakan rakan saya sebelum ini.

“Beliau juga pernah berdebat dan berdialog dengan saya. Saya rasa itu salah satu ciri kepimpinan yang ada pada beliau.

“Tetapi bukan niat saya untuk ‘endorse’ beliau berbanding calon lain,” tambah Syed Saddiq lagi.

Selain Jamal, ada tiga lagi calon yang bakal bertanding bagi jawatan ketua pemuda UMNO. Mereka ialah Khairul Azwan Harun atau dipanggil Azwan Bro, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Syed Rosli Jamalullail yang semuanya berusia lebih 40 tahun.

Dah tak ada calon muda lagi agaknya kat dalam UMNO ni. Kemon orang muda UMNO, bila lagi korang nak tunjuk kuasa orang muda! 

Baca: UMNO Sudah Kehabisan Dana 

Ku Nan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.