in

“Belum cukup lagi” – Asyraf Wajdi Tepis Dakwaan DS Najib Akan Bayar Denda RM 50 Juta

Ft Najib Razak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Khabar angin yang bertiup kencang mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal melunaskan bayaran denda berjumlah RM50 juta pada hari ini didakwa rupa-rupanya tidak benar sama sekali.

Perkara itu ditegaskan sendiri oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang tampil menafikan desas-desus berkenaan ketika dihubungi pihak media.


Artikel berkaitan : Lelaki Derma RM10,000 Kepada Najib Razak, Ingin Balas Jasa Pernah Dibebaskan Awal Dari Tahanan

Artikel berkaitan : Rosmah Terharu Sumbangan Tabung Solidariti Najib, Dedah Terima Derma Dari Brunei, Itali & Kanada

Menurut beliau, kutipan dana sumbangan awam (crowdfunding) yang digerakkan oleh UMNO sejak 18 September lalu masih belum mencapai sasaran sehingga ke hari ini.

Screenshot 2026 11 04 120349

“Masih belum cukup lagi. Jadi tak betul (khabar angin) itu,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi enggan mendedahkan angka sebenar yang telah berjaya diraih menerusi ‘Tabung Solidariti Najib Razak’ setakat ini.

Untuk rekod, pada 18 September lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan telah memberi pengampunan bersyarat kepada Najib bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Keputusan tersebut tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, termasuk melunaskan bayaran denda RM50 juta berkenaan.

Sumber : Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.