in

Syed Saddiq Ajak Rakyat Yang Tak Dapat Beli Tiket Tonton ‘Live Screening’ Di Sebelah Stadium

Liveparty5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, penghabisan jualan tiket Final 1 Piala Suzuki AFF 2018 telah mencetuskan kontroversi.


Malah wujud pula spekulasi yang mengatakan kroni-kroni ulat tiket ini dalam kalangan ‘orang dalam’ sendiri.

Terpanggil dengan isu tersebut, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mula ‘bersuara’.

 

Saya turut bersimpati

“Saya turut bersimpati kepada semua yang tidak dapat membeli tiket untuk perlawanan Akhir.”

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.Pihak KBS bersedia untuk membantu FAM untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang.”

Bukan itu sahaja, beliau juga tampil meleraikan ‘ketegangan’ ini dengan menawarkan orang ramai untuk menonton ‘live screening’ secara percuma.

 

Buat ‘live screening’ untuk rakyat Malaysia

Liveparty
Sumber : twitter

“Pihak KBS dan akan membuka Axiata Arena di sebelah Stadium Bukit Jalil untuk ‘live screening’ buat rakyat Malaysia.”

“Saya ingin mengajak rakyat Malaysia beramai-ramai ke Axiata Arena bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya.”

Bagaimanapun idea dan cadangan yang diberikan menerusi laman Twitter ini masih mendapat tentangan hebat daripada netizen.

 

Bukan idea baik – Netizen

Liveparty2 Liveparty3 Liveparty4

Harap lepas ni kejadian macam ni tak berulang lagi. Mungkin ini sahaja lah yang boleh dilakukan bagi menebus semula pengorbanan rakyat Malaysia yang kecewa tak dapat beli tiket hari tu.

 

Baca : “Bagi kroni kau tiket macam tu je” – Pemuda Kecam Syed Saddiq Dedah Ulat Tiket Dari ‘Orang Dalam’

Kroniulattiket2 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.