in

“Syarikat ni memang ada rekod bermasalah” – Syed Saddiq ‘Kecam’ Kilang Top Glove Kerana Jadi Punca Kes Covid-19 Meningkat

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, negara sekali lagi mencatatkan kes positif Covid-19 paling tertinggi dalam sejarah Malaysia. Majoriti adalah dari satu kluster iaitu Kluster Teratai yang berpunca dari Kilang Top Glove dengan catatan kes positif sebanyak 1,067.


Ekoran ini, ramai rakyat Malaysia meluahkan kebimbangan mereka lebih-lebih lagi penduduk Selangor.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut kongsikan pendapatnya mengenai isu ini.

Hari ini 1,067 kes positif COVID-19 (Kluster Teratai) dilaporkan berpunca dari sebuah syarikat sahaja, iaitu Top Glove.”

Tambahnya lagi, sebelum ini juga syarikat yang sama telah didenda sebanyak RM116 juta kerana gagal menjaga kebajikan pekerja.

126942667 3472037709541897 1690343924613126213 O

Kes-kes buruh paksa, dipaksa bekerja lebih masa (“overtime”), gaji ditahan dan passport dirampas. Top Glove sudah kena denda dan didapati bersalah.”

Pun begitu, syarikat ini tetap tak melindungi kesihatan pekerjanya kerana walaupun Kluster Teratai ini telah wujud sejak 2 November lalu, tapi kilang ini masih beroperasi.

Mereka kaut untung besar, abaikan kebajikan pekerja, mengamalkan buruh paksa. Apabila COVID-19 tular di Malaysia, mereka mengaut keuntungan supernormal sehingga mencecah siling harga pasaran (“market cap”) sebesar RM 77.59 (sehingga 15 Oktober 2020)”

127161127 1752598128251223 8681727679808773830 N

Kerana keuntungan yang mereka dapat ini sangat luar biasa, Syed Saddiq telah meminta mereka untuk membayar Cukai Durian Runtuh.

“Saya percaya ini semua bukan satu alasan untuk syarikat-syarikat besar yang mengaut keuntungan besar (lebih-lebih lagi waktu COVID-19) tidak membayar cukai tambahan kerana mereka dapat untung luar biasa.

“Prioriti saya tetap rakyat, bukan syarikat besar. Kalau “market cap” mereka cecah RM 77.59 bilion, mengapa Windfall Tax ini yang hanya kenakan sebanyak RM4.8 bilion ini tidak boleh dibuat?”

Syed Saddiq turut menekankan yang beliau tak akan tunduk kepada syarikat besar.

Mereka kaut untung di Malaysia, mereka wajib bantu negara lebih-lebih lagi pada waktu susah begini.”

Netizen turut bersetuju dengan pendapat Ahli Parlimen Muar ini.

Screenshot 2020 11 24 At 12.53.18 Pm

 

Baca: “Siapa menteri belia sekarang?” – Cleopatra Dikecam Lepas Cakap Syed Saddiq ‘Layan’ TikTok Tapi Belia Hilang Kerja

Screenshot 2020 11 24 At 1.04.08 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.