Macam yang korang tahu, Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shahruddin sebelum ini dikenali selepas gambarnya bersama Syed Saddiq di dalam bilik mesyuarat semasa Ahli Parlimen Muar ini memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan tular di media sosial.
Semalam, menerusi Twitter peribadinya, Cleopatra persoal tindakan Syed Saddiq kerana tak menyentuh tentang isu ramai belia hilang pekerjaan kerana Covid-19 dan hanya “layan TikTok sahaja.”
Ekoran dari ini, ramai netizen yang tak puas hati dengan tindakan Cleopatra mempersoalkan peranan Syed Saddiq. Lebih-lebih lagi Syed Saddiq kini bukan lagi kerajaan mahu pun Menteri Belia.
Bila dipanggil hipokrit oleh netizen, Cleopatra menjelaskan yang dia tak untung atau rugi apa-apa dari perkara ini dan mengatakan nanti dia akan jelaskan tindakannya. Amboi, cerita apa ni?
Cleopatra yang juga ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebelum ini juga lantang memberi komen tentang isu politik yang berlaku di Malaysia.
https://twitter.com/lxcleopatraxl/status/1315853779380527104