in

Syarikat Jalur Lebar Korea Saman Netflix Gara-Gara ‘Squid Game’?

Netflix Disaman Syarikat Broadband Korea 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah syarikat perkhidmatan internet Korea Selatan, SK Broadband telah memfailkan saman keatas Netflix dan menuntut syarikat penstriman terkemuka tersebut membayar kos penyelengaraan disebabkan peningkatan trafik disebabkan kandungan dari syarikat berkenaan.


Tuntutan ini dibuat setelah mahkamah Seoul mengatakan bahawa Netflix harus “memberikan sesuatu yang wajar” sebagai balasan kepada penyedia perkhidmatan Internet tersebut gara-gara peningkatan penggunaan rangkaiannya.

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang komen balas daripada wakil daripada Netflix tentang perkara berkenaan.

Netflix Kena Saman Di Korea

Difahamkan, populariti siri k-drama ‘Squid Game’ dan beberapa lagi kandungan daripada Netflix telah menyebabkan mereka antara penyumbang trafik kedua terbesar selepas Youtube. Namun, Youtube dan Netflix didapati tidak membayar yuran penggunaan rangkaian seperti yang dilakukan oleh penyedia kandungan lain seperti Amazon, Facebook dan juga Apple.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh pihak SK, data trafik Netflix yang dikendalikan syarikat mereka telah melonjak 24 kali ganda dan ini disebabkan kandungan mereka yang sangat diminati ramai seperti ‘Squid Game’ dan juga ‘D.P’.

Netflix Disaman Syarikat Broadband Korea

SK Broadband mengatakan tuntutan yang telah dibuat kepada Netflix ini adalah supaya syarikat penstriman berkenaan membayar penggunaan rangkaian SK. Difahamkan, sejak tahun 2018 lagi Netflix mula menggunakan talian khusus SK untuk menyediakan kandungan video definisi tinggi yang lebih besar kepada penonton di Korea dari server mereka di Jepun dan Hong Kong.

SK menganggarkan yuran penggunaan rangkaian yang perlu dibayar Netflix adalah sekitar 27.2 bilion won (AS $ 22.9 juta atau RM95.89 juta) dan itu hanyalah nilai yang perlu dibayar pada tahun 2020 sahaja! 

Netflix walaubagaimanapun difahamkan telah membuat rayuan keatas tuntutan saman tersebut, kes akan dibicarakan semula pada penghujung Disember ini.

Fuh, banyak jugak yang kena bayar tu! 

Baca : Tak Sedar Dapat ‘Job’ Berlakon Dalam Squid Game, YouTuber Menyesal Tolak Tawaran Gara-gara…

Collage 1

 

Sumber: Korea Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.