in

Tak Sedar Dapat ‘Job’ Berlakon Dalam Squid Game, YouTuber Menyesal Tolak Tawaran Gara-gara…

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, YouTuber dari Amerika Syarikat yang menetap di Korea Selatan Raye Yoo telah kongsikan video menceritakan yang dia telah terlepas peluang untuk berlakon dalam siri paling popular sekarang, Squid Game.


Menurut Raye, dia telah menolak tawaran untuk bekerja dengan Squid Game kerana job description yang dia terima melalui DM itu pelik sangat! Lepastu dorang tak mention pun tawaran ni untuk berlakon dalam siri Squid Game.

Unnamed

Saya dapat mesej cakap yang dorang cari model tapi untuk job tersebut, seluruh badan perlu diwarnakan menggunakan cat dan hanya boleh pakai seluar dalam sahaja!

Namun untuk kerja selama tiga hari ni, saya boleh dapat bayaran sebanyak USD4,500 (RM18,850). Tapi tak pakai baju dan hanya berseluar dalam tu buat saya rasa risau.”

Whatsapp Image 2021 10 01 At 12.28.31 Pm

Disebabkan ini, Raye telah membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut.

Tapi sekarang bila dah tahu benda ni Squid Game dan merupakan TV show nombor satu di dunia, rasa rugi pula tak dapat join!”

Raye akhirnya sedar kalau dia terima tawaran tersebut, dia akan berlakon sebagai extra untuk episod tujuh yang jadi kerusi dan meja untuk golongan VIP tu.

Squid Game 4 768X403 1

Tambah Raye lagi, lepas ni kalau dia diberikan tawaran sekali lagi untuk menjadi sebahagian dari pelakon dalam Squid Game, mesti dia tak akan lepaskan!

 

Baca: Fans Ramal Teori Baru Squid Game, Kemungkinan Besar Pemain 001 Sebenarnya Bapa Kandung Gi Hun?Teori Fans 001 Ialah Bapa Gi Hun

Sumber: Raye & Jin
Sumber: Koreaboo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.