in

“Suruh dia beli kek pisang dekat mall jelah” – Pelanggan Ini Bagi Bajet Yang Tak Masuk Akal Nak Tempah Kek Untuk 40 Orang Makan

Feature Image Kek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah banyak kali dengar cerita pasal pelanggan yang cerewet lah, kekwat lah, dan macam-macam lagi lah. Rasanya dia pakai konsep customer always right.


Terbaru tular di laman Twitter mengenai perbualan di aplikasi WhatsApp yang di screenshot mengenai seorang pelanggan yang ingin membeli kek. Aik? takkan sebab kek pun viral.

https://twitter.com/syahirsepet/status/1186828992533299200?s=20

Menurut @syahirsepet individu yang memuat naik gambar screenshots itu, pada mulanya dia telah bertanya kepada pelanggan itu mengenai jenis kek yang hendak dibelinya. Namun pelanggan itu terus memberikan anggaran orang yang akan disajikannya dan jumlah bajet yang sebenarnya tidak selari.

“Bajet RM 150 ke bawah, 40 orang makan”

Menurut perbualan itu lagi, pelanggan tersebut memberikan bajet sebanyak Rm150 untuk 40 orang makan. Situasi terus menjadi tegang apabila pertanyaannya itu tidak berbalas dan hanya di balas pada keesokkan harinya setelah pelanggan itu memarahinya.

“Keras kejung tak reply WhatsApp”

“Mentang-mentang awak sorang je dalam Malaysia ni yang buat kek”

Tersentak akibat mendapat mesej sebegitu, Syahir tenang menerima dan terus membalasnya dengan penjelasan juga.

Jawab Balik
Sumber: twitter

Dia menjelaskan bahawa bajet yang diberikan oleh pelanggan itu agak mustahil kerana kebiasannya untuk 40 orang makan, harga kek tersebut adalah Rm400 dan keatas. Tambahnya lagi, kebelakangan ini dia agak sibuk kerana menerima banyak tempahan dan bukannya nak mengelak daripada pelanggan tersebut.

Namun, pelanggan tersebut masih lagi tidak berpuas hati dan terus mencari kesalahan lelaki ini.

Kastemer 3
Sumber: twitter

Namun ada juga netizen yang bersetuju dengan pelanggan ini, dimana mereka beranggapan peniaga perlu sentiasa melayan pelanggan dengan berhemah.

“Kalau pelanggan tu tak tau, kau terangkan lah bukannya gelakkan”

Team Customer 1
Sumber: twitter

 

Team Customer 2
Sumber: twitter

 

Team Customer 3
Sumber: twitter

Tapi masih ramai juga yang faham akan situasi sebenar dan memberikan sokongan kepada lelaki ini.

“Beli jelah kek pisang”

Penyokong 1
Sumber: twitter

“Bini aku pun jual kek, order yang tak masuk akal tu memang banyak, penat nak explain baik-baik”

Penyokong 2
Sumber: twitter

Ohh yang ni admin belanja gambar-gambar hasil kek dia.

Kek 1
Sumber: instagram

 

Kek 2
Sumber: instagram

 

Kek 3
Sumber: instagram

Haihh, ni lah adat resam berniaga, ada je karenah daripada pelanggan. Korang pun jangan nak terus kecam ye, penat dia buat kek.

 

Baca: “Biar miskin jangan bodoh” – Netizen Pakat ‘Serang’ Penjual Ni Lepas Viral Maki Hamun Pelanggan Tanya Pasal Produk

Ujifcsd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.