in

Surat MITI Rentas Negeri Tak Diterima Mula Hari Ini Hingga Rabu – PDRM

Surat Miti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula hari ini, 18 Julai 2021 hingga Rabu (21 Julai 2021) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan melarang sebarang pergerakan merentas negeri dengan menggunakan surat kebenaran yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

1128876 E1626575290355

Lapor Berita Harian, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan itu dibuat bagi mengelakkan ada pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan surat kebenaran MITI untuk merentas negeri bagi tujuan pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha pada Selasa ini (20 Julai 2021).


“PDRM mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini. Oleh itu, semua sekatan jalan raya di sempadan negeri diarah meningkatkan penguatkuasaan.

“Semua sekatan jalan raya di sempadan negeri diarahkan supaya tak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh bermula hari ini hingga Rabu bagi pergerakan merentas negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara menambah, larangan terbabit tidak terpakai bagi urusan kecemasan yang sudah mendapat kebenaran polis dan urusan kesihatan termasuklah menghadiri janji temu vaksinasi.

Incollage 20210718 024134472 E1626575177740

Tegas beliau lagi, mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan ini akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

 

Sumber: Berita Harian

Baca: MITI Benar Lebih Banyak Sektor Beroperasi Semasa PKPD di Selangor Mulai Hari Ini

Sektor Dibuka E1626574305958

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.