in

“Sunyi la Nobita lepas ni”- Comel! Pemuda Pakai Kostum Doraemon Di Hari Pertunangan

Page1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya, wanita akan meragakan pakaian yang serba cantik di hari pertunangan mereka, manakala lelaki pula akan memakai pakaian yang lebih kasual seperti kemeja dan t-shirt berkolar.


Ada juga sesetengah lelaki yang berkurta atau berbaju melayu lengkap di semasa bertunang. Itu pun mesti ada yang usik tanya nak sanding terus ke.

Bertentangan dengan norma, baru-baru ini seorang lelaki tular di Tiktok selepas memakai kostum lengkap Doraemon di hari pertunangannya. Wah, extra betul ya!

Doraemon pun dah tunang?

Klip berdurasi 20 saat itu melihatkan suasana di majlis pertunangan ‘Doraemon’ itu bersama pasangan yang dilangsungkan di rumah pihak perempuan.

Menjadi tumpuan pada majlis tunangnya, Doraemon itu dilihat beramah mesra bersama ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Ada yang terkejut ketika dihampiri lelaki itu, ada juga yang diberikan hadiah dari poket Doraemon tersebut. Yang diberi rokok pun ada!

Di penghujung video itu menunjukkan wajah lelaki di sebalik kostum kartun tersebut. Menurut pemilik Tiktok tersebut, kostum Doraemon itu dibeli melalui laman beli belah dalam talian. Mereka akhirnya bergambar di atas pelamin dengan lelaki itu masih lengkap berkostum. Alahai, comel betul!

“Happening betul!” – Netizen

Klip yang dikongsi oleh pengguna bernama @farhanimaziz itu viral di Tiktok dengan jumlah melebihi 100 ribu tontonan.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji usaha kreatif lelaki tersebut yang dikatakan comel. Malah, ada juga yang cemburu lihat Doraemon bertunang lagi awal dari mereka. Sabarlah duhai hati… 

181922 1 21  20

Cute sangat kan? Semoga pertunangan mereka ni berkekalan hingga ke jinjang pelamin nanti, insyaAllah…

Baca: [VIDEO] Pengantin Fanatik Sangat Dengan Doraemon Sampai Jadikan Tema Kenduri

23

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.