in

Suntikan Astrazeneca Yang Digunakan di Malaysia Sah Untuk Travel Ke Negara Eropah

Kesatuan Eropah Astrazeneca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang risau tidak boleh melancong ke negara-negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) kerana mengambil vaksin Astrazeneca, nampaknya korang tak perlu bimbang lagi.


Menurut Malaysiakini, vaksin Astrazeneca COVID 19 di Malaysia boleh digunakan bagi perjalanan ke negara-negara EU.

Perkara ini dimaklumkan oleh delegasi EU ke Malaysia yang berkata, vaksin lain yang diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) boleh digunakan untuk perjalanan ke negara-negara anggota kesatuan itu.

Astra 1605787883

Sebelum ini, laman web Code Blue pernah melaporkan bahawa Sijil Digital Covid EU yang baru dikuatkuasakan hanya mengiktiraf vaksin yang diluluskan oleh EU untuk perjalanan bebas ke negara-negara tersebut.

Walaupun AstraZeneca diluluskan EU, kelulusan Agensi Ubat-ubatan Eropah tidak merangkumi dos vaksin yang dihasilkan di Korea Selatan, Jepun, dan Thailand – yang digunakan Malaysia.

Walau bagaimanapun, delegasi EU menjelaskan bahawa vaksin yang diluluskan oleh kesatuan tetapi tidak berada di bawahnya masih diiktiraf untuk digunakan oleh pelancong.

Kemasukan ke EU pada dasarnya dibenarkan untuk seseorang penerima vaksin penuh dengan salah satu vaksin yang diluluskan EU, termasuk yang dihasilkan di fasiliti yang bukan di bawah kebenaran pemasaran di EU.

“Negara anggota (EU) juga boleh membenarkan kemasukan bagi individu yang diberi vaksin dengan vaksin yang belum diluluskan di EU tetapi telah menyelesaikan proses Penyenaraian Penggunaan Kecemasan WHO,” katanya.

Pexels Photo 4386152

Antara vaksin lain yang digunakan di Malaysia ialah Sinovac dan Pfizer dan kedua-duanya diluluskan WHO untuk digunakan.

Tambahnya lagi, negara EU juga bebas menerima dokumentasi yang dikeluarkan oleh negara lain untuk vaksinasi.

Sijil Digital Covid kesatuan itu juga bukanlah syarat utama untuk melakukan perjalanan di EU.

“Oleh kerana tidak ada senarai syarat umum, rakyat Malaysia yang ingin ke EU perlu memeriksa syarat kemasukan bagi negara anggota yang ingin mereka kunjungi.

“Mereka juga perlu sedar bahawa perkara ini boleh berubah dari masa ke masa bergantung kepada perkembangan wabak di EU dan Malaysia,” jelasnya lagi.

Boleh tarik nafas lega bagi korang yang nak bercuti ke EU lepas habis COVID 19 ni. 

Baca: Suntikan Dos Kedua AstraZeneca Dipercepatkan Dari 3 Bulan Kepada 9 Minggu – KJ

Astra

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.