in

“Sumpah poyo, acah” – Netizen Menyampah Vivy Yusof Buat Challenge Cuba Cakap BM, Padahal Bangsa Melayu

Vivy Bm Challenge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Sumpah poyo, acah" - Netizen Menyampah Vivy Yusof Buat Challenge Cuba Cakap BM, Padahal Bangsa Melayu
Loading
/

Semua pun tahu, Vivy dan suaminya menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian dorang. Tidak kira ketika urusan kerja, ketika bercakap dengan kawan atau keluarga termasuklah anak-anak mereka.


Jadi, harini kiranya Vivy rakam vlog dia cuba cakap bahasa Melayu seharian. Kira macam ‘Try to Speak Bahasa Melayu Challenge’ haa gittewwww.

Vivy2
sumber: instagram

Tapi sebaliknya, netizen dekat Twitter rasa meluat dan mengutuk Vivy sebab selalunya kita buat challenge bercakap bahasa bangsa atau negara lain kan.

Vivy cakap BM challenge tu sumpah poyo and acah. Ko melayu kot. Lain la race lain. Challenge lah jugak.”

Vivy
sumber: instagram

Kata mereka, Vivy tu dah memang bangsa Melayu dan duduk Malaysia so walaupun dah biasa komunikasi dalam English language tapi dia sepatutnya tahulah cakap BM. Apatah lagi dengan status dia sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Ini antara kata-kata netizen yang annoyed dengan Vivy cuba cakap BM ni:

 

Jual tudung je pun…

How come speaking BM boleh jadi challenge? Benda ko memang pure melayu kot nak bajet buat challenge ishh.”

Kesian gile minah ni, tau la biz juta-juta tapi mcm bingai sangat dah aku nengok, apa lagi yang kita bole katakan orang Melayu sendiri yang acah bagus, jual tudung je pun level kerek dia macam dah brand dia saing-saing LV lak ai.”

Komen Annoyed
sumber: twitter

 

Bangla lagi fasih…

Bukan tu je, ramai juga kutuk Vivy sebab pekerja Bangladesh yang dekat Malaysia ni lagi fasih cakap BM daripada dia. Ada juga yang cakap Vivy macam sengaja buat buat salah sebut perkataan dalam Bahasa Melayu nak menunjukkan kononnya dia tak biasa cakap BM.

Bangla jual karpet pun tahu cakap Bahasa Melayu.”

Buat malu dengan bangla je…”

Komen Bangla
sumber: twitter

 

Tengok video Vivy yang di upload dengan Instagram story hasil perkongsian netizen dekat thread tu:

Jadi hari ini saya akan cakap dalam Bahasa Melayu sahaja.”

Apa pendapat korang?

Baca: “Dia bukannya Malaysian education product. Layak ke?” – Netizen Pertikai Vivy Yusof Jadi BOD UiTM Yang Baru?

Duck Vivy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.