Baru-baru ni, ahli perniagaan muda terkenal yang juga pengasas kepada Fashion Valet dan dUCK Group, Datin Vivy Sofinas Yusof atau Vivy Yusof telah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru.
Berita perlantikan ni telah dikongsikan oleh Vivy sendiri di laman Instagramnya dan mendapat sebanyak 193,901 likes daripada netizen. Wah!
https://www.instagram.com/p/Bx6orJAArFo/
“Dia product universiti Ivy League. Dean’s list at LSE. So layak ke?”
Perkara yang sepatutnya disambut baik oleh ramai pihak ni rupanya tak seperti yang disangkakan. Rata-rata ramai di kalangan netizen yang mempersoal mengapa Vivy dipilih menjadi BOD UiTM yang baru sebab dia bukannya berkelulusan UiTM.
Malah ramai jugak yang fikir apa sumbangan Vivy ni kepada UiTM sampai dia dipilih jadi BOD walhal banyak lagi graduan UiTM lain yang lebih sesuai? Emm korang ni banyak fikir benda negatif lah pulak ye.
“Graduate Law daripada London School of Economics (LSE). Pernah masuk list Forbes untuk Asia’s Top 30 under 30…. anda patut berbangga”
Walau bagaimanapun, tak semua netizen kat luar sana mempunyai pendapat yang sama. Tweetfamous terkenal, Aiman Psikologi melalui posting di Twitter berpendapat bahawa UiTM sepatutnya berbangga dapat Vivy sebagai BOD tau.
Bagi yang tak tahu, Vivy ada background education yang hebat. Pernah graduate Law di LSE, dia juga dulu pernah ambil SPM dan A Level dalam masa yang sama dan dapat STRAIGHT A ye gais! Jadi tak salah pilihlah kalau Vivy ni jadi BOD UiTM.
Honestly, I'm really okay with this.
Graduate Law daripada London School of Economics (LSE)
Pernah masuk list Forbes untuk Asia's Top 30 under 30
Ada empayar bisnes yang banyak networking (sampai deal tudung corak Disney – ingat senang ke nak tembus brand Disney?) https://t.co/pVY3p9qxGV
— Aiman Psikologi 🧠🇲🇾 (@AimanPsikologi) May 26, 2019
Jangan ingat mesti ada kaitan UiTM baru boleh jadi BOD UiTM. Tu maksudnya kita tak faham apa sebenarnya bidang tugas BOD.
I applaud her for this 👏🏻
She earned this, regardless apa yang dikecam.
We don't rise by bringing others down.
We rise by rising others together with us.
— Aiman Psikologi 🧠🇲🇾 (@AimanPsikologi) May 26, 2019
“Dia banyak tembus brand yang susah dan rare, especially Disney”
Did you know?
Dia banyak tembus brand yang susah nak rare, especially dengan Disney.
Disney ni, antara brand gergasi kat dunia. Susah gila nak masuk, tapi once kita dah ngam dengan Disney,
Kita akan jadi hot di mata orang bisnes, sebab pernah JV dengan Disney. Orang respect.
— Aiman Psikologi 🧠🇲🇾 (@AimanPsikologi) May 26, 2019
Jangan salah faham. Aku tak dibayar dan bukan promote pun.
Cuma aku bangga, ada rakyat Malaysia yang mampu tembus pasaran antarabangsa secara proper dan profesional.
Tak perlu buat benda mengarut or merepek, rotan anak atau menari-menari untuk dapat publisiti.
— Aiman Psikologi 🧠🇲🇾 (@AimanPsikologi) May 26, 2019
So apa pendapat korang mengenai isu ni? Wajar ke tidak Vivy Yusof dipilih jadi BOD UiTM yang baru? Min rasa okay je sebenarnya sebab kalau Vivy bakal bawa kebaikan kepada UiTM, apa salahnya kan.
Baca: Kalau Korang Budak UiTM Shah Alam, Confirm Boleh Relate Dengan 6 Perkara Ni