Tak tahu nak kesian ataupun nak tergelak bila melihat video ini, viral di media sosial pasal seorang makcik ‘kantoi’ mencuri di sebuah pasaraya tempatan.
Video yang dikongsikan menerusi Twitter @dylawok menunjukkan seorang wanita berusia ditangkap akibat mencuri barang keperluan harian penuh satu troli, sampai segala ruang yang ada kat dalam badan dia penuhkan.
Kenapa sanggup simpan bertin – tin sardin dalam seluar macam ni?”
Menurut kakitangan pasaraya tersebut, anggaran kesemua harga barang yang dicurinya itu sekitar RM 300! Mak aii banyaknya.
“Sebelum tu deodorant, sabun mandi, colgate pun dia sumbat. Patut dia sumbat troli tu je terus masuk dalam seluar”
Dalam video tersebut dia mencuri sabun mandi di dalam troli, kemudian dia cuba sembunyikan ubat gigi. deodorant dalam beg tangan dan yang paling terkejut sekali dia mencuri sardin tin dan sumbat ke dalam seluarnya.
Semua barang ditunjukkan selepas dia diarahkan untuk keluarkan semua barang yang telah dicuri.
Video ini mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata geli hati melihat video ini, tak lepas mengecam dan ada juga yang kongsikan pengalaman mereka apabila pelanggan ‘kantoi’ mencuri macam ni.
Macam poket Doraemon – Netizen
Baca : “Memalukan negara” – Dua Anggota PDRM Kantoi Curi Seluar Dalam Rakan Sekerja