in

“Sumbat daun-daun pokok ajelah” – Ramai Tertarik Cara Pelumba Basikal Terengganu Ini Baiki Tayar

Hariff Tsg Feat Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tayar pancit, bocor atau pecah memang ‘mimpi ngeri’ seorang rider baik motorsikal ataupun basikal. Lebih-lebih lagi sekiranya perjalanan yang bakal ditempuh masih jauh dan kedai nak baiki atau tukar tayar pulak jauh.


Itulah yang terjadi pada kisah yang min nak kongsikan kali ini berkenaan dengan rider basikal seorang ni yang mengalami kebocoran tayar ketika melakukan aktiviti berbasikal di sebuah kawasan yang kelihatan seperti sebuah ladang sawit.

Kalau diikutkan, kebiasaan penunggang-penunggang basikal ini akan membawa tiub simpanan untuk kegunaan ketika berlakunya kejadian tidak diingini seperti bocor atau pecah semasa aktiviti berbasikal dijalankan.

Hariff 5 Horz

Nak dijadikan cerita, rider yang dimaksudkan adalah Harrif Saleh, seorang pelumba basikal professional untuk pasukan Terengganu Cycling Team.

Menerusi video perkongsian Harrif di TikTok ini, dia ada kongsikan tunjukkan cara membaiki tayar yang bocor atau pecah dalam situasi kecemasan atau sementara waktu. Difahamkan, pelumba berkenaan tidak membawa tiub tayar simpanan dan terpaksalah menggunakan daun sementara waktu.

“Bila masuk hutan tak bawak tiub spair.. jawab nya sumbat daun2 pokok jelah”

Dengan tenang, kelihatan pelumba berkenaan dengan seorang lagi rakannya sedang menyusun dan memasukkan daun-daun pokok kelapa sawit bagi mangatasi masalah tayar yang dialami mereka.

Hariff 4 Horz

“Salah satu tips yang berguna.. jikalau tayar basikal bocor”

@harrifsalehbila masuk hutan tak bawak tiub spair.. jawab nya sumbat daun2 pokok jelah ???.. salah satu tips yang berguna.. jikalau tayar basikal bocor?♬ Saya Anak Malaysia – Dato David Aramugam & Nikki Palikat & Projector Band & Haoren & Priscilla Abby & Meer Nash & Jeryl Lee & Jenn Chia

Meneliti ruangan komen, ramai ternyata tertarik dengan perkongsian pelumba yang mempunyai 55 ribu orang pengikut di Instagram berkenaan. Ternyata, ramai yang baru mengetahui tips tersebut dan berterima kasih kepada Harrif kerana sudi berkongsi ‘ilmu mahal’ tersebut sambil ada juga yang turut berkongsi pengalaman masing-masing berdepan situasi yang sama.

Comment Tiktok Hariff Saleh

Comment Tiktok Hariff Saleh 2

Sehingga kini, video TikTok berkenaan telah mendapat sejumlah 241 ribu tontonan serta 12 ribu tanda sukaan oleh pengguna TikTok lain.

Selain itu, difahamkan tips ini juga sememannya boleh digunakan untuk tayar motorsikal dan dari segi bahan pula, boleh gunakan bahan lembut seperti pakaian, surat khabar, rumput, daun, atau banner iklan yang mudah didapati ditepi jalan seperti yang pernah dikongsikan di Facebook ini.

Kepada rider kat luar sana, lepas ni boleh cuba ye…

Baca : “Khatam Al Quran sehari sebelum pertandingan”- Datuk Azizulhasni Kongsi Rahsia Kekal Tenang

Azizul Awang Ft Image

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.