in

“Khatam Al Quran sehari sebelum pertandingan”- Datuk Azizulhasni Kongsi Rahsia Kekal Tenang

Ft Azizul 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Olimpik Tokyo 2020 yang lepas, pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang telah menghadiahkan Malaysia pingat perak dalam acara Keirin. Walaupun kalah pada pesaing daripada Great Britain, beliau berpuas hati apabila usahanya selama ini membuahkan hasil.



Pergi ke sesebuah kejohanan dengan tekanan yang besar disamping menggalas nama negara bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia seperti memikul beban yang berat yang akan dibawa ke mana sahaja. Sama seperti apa yang dirasai oleh Datuk Azizulhasni. Memang hebat la wira kita!

“Tapi apa rahsianya?”

Namun, semasa acara keirin berlangsung, Datuk Azizulhasni kelihatan tenang walaupun ditonton hampir seluruh negara. Beliau telah berkongsi rahsia bagaimana untuk kekal tenang menghadapi situasi-situasi yang dikira extreme di akaun Facebook miliknya.

Al-Kisah Tenang.Pergi ke sesebuah kejohanan dengan suatu tekanan yang besar bukan satu urusan yang mudah, apatah lagi…

Posted by Azizulhasni Awang on Thursday, August 12, 2021

Dalam posting, beliau berkata Al-Quran merupakan sumber utama ketenangan dalam menghadapi acara yang dipertandingkan. Ketika kem latihan di Nilai, Datuk Azizulhasni sudah memulakan misi membaca Al-Quran untuk khatam sebelum pertandingan.

“Sempat ke habiskan bacaan?”

Tapi beliau tidak sempat untuk menghabiskan membacanya disebabkan oleh aktiviti latihan. Beliau terpaksa mengurangkan bacaan Al-Quran disebabkan oleh aktiviti yang padat. Namun, semasa penerbangannya ke Tokyo, beliau tidak mensia-siakan masa yang ada dengan membaca Al-Quran.

Katanya lagi, membaca Al-Quran bukanlah perkara yang mudah, banyak je dugaan dan bisikan-bisikan yang mematahkan semangatnya.

Apabila setiap kali ada perasaan ‘berat’ tu, saya akan lawan dan lawan dan lawan”

Katanya lagi,  setiap kali beliau membaca Al-Quran, beliau tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya seolah-olah berada di dimensi yang lain. Dengan bacaan tersebut, beliau dapat lupakan seketika kepenatan daripada latihan dan tekanan yang berada di bahunya. Hebatnya kuasa Allah itu.

Beliau telah khatam Al-Quran pada hari jumaat sehari sebelum memulakan acara Keirin. Datuk Azizulhasni bernazar selepas khatam bahawa dia akan meletakkan segala perihal dan urusan perlumbaan beliau kepadaNya.

So lepas ni kalau korang rasa serabut je dalam buat kerja, ambil sikit masa untuk baca Al-Quran, satu surah pun jadi okay!

Baca: ‘Kain pelekat fav ye” – Netizen Puji Azizulhasni  Setia Pakai Kain Pelekat Sama Posing Dengan Pingat

Botak Tidur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.