in

Sultan Perkenan Tiada Had Jemaah Di Semua Masjid & Surau Di Terengganu Mulai Hari Ini

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, Terengganu merupakan antara negeri yang kini sedang menjalani fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).



Oleh ini, Majlis Agama Islam dan Adat Malayu Terengganu (MAIDAM) telah membuat keputusan untuk tidak menghadkan lagi bilangan jemaah untuk semua masjid dan surau di Terengganu mulai hari ini, lapor Awani.

Menurut Yang Dipertua MAIDAM Datuk Osman Muda, keputusan tersebut telah pun diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin selepas mendapat pandangan dari mufti, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pengarah Kesihatan Negeri.

Pun begitu, jemaah masih perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan bilangan jemaah pula perlu mengikut keluasan masjid dan surau.

Hiasan Solat 2 1610539516

Kehadiran hanya dibenarkan kepada ahli kariah yang bermastautin dan warganegara sahaja kecuali mana-mana orang yang diberi kebenaran khas oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.”

Selain itu, imam masjid juga dikehendaki untuk membaca Qunut Nazilah ketika solat Jumaat dan perlu membuat solat suna hajat setiap kali selepas solat.

Semua masjid dan surau di sana juga perlu menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin setiap malam selepas solat Maghrib dan berdoa meminta Allah mengangkat wabak Covid 19 ini.

Semua imam dikehendaki membaca teks doa Qunut Nazilah dalam solat Jumaat dan berdoa mohon dijauhi wabak penyakit yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu selepas setiap kali solat hajat dan bacaan surah Yasin.”

Walaupun surau dan masjid di sana dah boleh dibuka, aktiviti lain di masjid dan surau tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada MAIDAM.

 

Baca: Kelantan Ambil Inisiatif Buka PPV Sementara di Masjid, Surau & Pondok Bagi Mudahkan Penduduk Ambil Vaksin COVID 19

Screenshot 2021 07 09 At 11.32.13 Am

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.