in

Sultan Johor Tuduh KJ Tipu Orang Ramai Untuk Tunjuk Pandai, Cabar Lawan Pasukan Polo Johor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejayaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam acara ekuestrian polo menentang Brunei dan hari ini, Singapura telah menjadi sebutan ramai. Malah ketampanan Khairy semasa bermain permainan polo telah membuatkan cewek-cewek Indonesia jatuh cinta kepadanya.


Pun begitu secara tiba-tiba hari ini, Khairy telah menerima tuduhan dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mengatakan Khairy dengan sengaja menipu orang ramai untuk kelihatan pandai dan handal dalam permainan polo. Pulak dah??

Kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ibrahim menerusi Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers itu ialah berikutan dakwaan terjadinya insiden di mana Khairy dikatakan telah mengarah salah seorang pemain terbaik di dalam pasukan polo Malaysia dalam menentang pasukan Singapura untuk berpura-pura mengalami kecederaan.

Sumber: Facebook

Ia dilakukan dengan tujuan supaya Khairy boleh menyertai permainan tersebut di saat-saat akhir dan menjadi pemain utama yang merangkul kejayaan bagi pasukan Malaysia.

“Bila pasukan sudah menang baru masuk bermain dan suruh budak yang sedang ‘perform’ berpura-pura mengalami kecederaan.”

“Jadi ada gambar beliau dapat masuk dalam pasukan untuk dipaparkan dalam media cetak dan melakukan propaganda menipu orang ramai seolah-olah dia yang menang dan handal,” titah Sultan Ibrahim.

Sumber: MMO

Sungguhpun begitu, ia tidak pasti atas sebab apa yang menyebabkan Sultan Ibrahim menyatakan hal demikian. Namun inilah kali pertama, Sultan Johor menegur Khairy secara terang-terangan di sosial media selain dari kritikan dilakukan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris terhadap Ketua Pemuda UMNO ini.

Susulan dari dakwaan ini, Sultan Ibrahim mencabar pasukan polo Sukan Sea Malaysia untuk datang ke negerinya dan berlawan dengan pasukan Johor yang bakal disertai dua daripada anakanda sultan. Malah Sultan Johor sendiri menyatakan hasrat untuk turut serta dalam permainan tersebut kerana merasakan dirinya masih handal dalam acara itu. Gulp!

“Saya akan hantar dua anakanda saya dan dua orang penjaga kuda ataupun saya sekali kerana saya melihat diri saya masih handal lagi. Kalau pasukan saya kalah, saya akan akui bahawa pasukan Sukan Sea itu lagi baik dan semuanya handal-handal belaka.”

Sumber: MMO

Permainan polo yang sangat terkenal di kalangan golongan aristokrat itu pertama kali diperkenalkan di Johor pada tahun 1884.

Menurut Sultan Ibrahim, tuanku pernah mewakili Malaysia untuk Piala Dunia polo dan Johor sentiasa berada di barisan hadapan dalam sukan tersebut.

“Semasa saya menjadi Tunku Mahkota, saya sudah bermain di serata dunia termasuk Piala Dunia untuk sukan tersebut. Kalau hendak dibandingkan dengan Sukan Sea, ia bukan tandingannya. Jikalau anda mahukan perlawanan yang lebih serius, datang ke negeri Johor.”

“Saya mempersilakan kepada semua rakyat Malaysia untuk turut sama hadir menyaksikan serta menikmati perlawanan antara pasukan Sukan Sea dan pasukan Johor,” titah tuanku lagi.

Buat masa ini, Khairy tidak dapat dihubungi untuk memberi sebarang komen.

Walau apapun masalahnya, selesaikanlah elok-elok ye.

Baca: Putera Mateen Tetap Menang di Hati Peminat Walaupun Tewas Dengan Pasukan ‘Abah’ KJ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.