in

Isu Bendera Terbalik, Khairy Jamaluddin Buat Hati ‘Cewek’ Indonesia Porak Peranda

Menpora Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai tohmahan, hinaan serta kata-kata kesat dilemparkan kepada Malaysia selepas isu bendera Indonesia dicetak terbalik di dalam sebuah buku panduan Sukan SEA 2017.


Ramai pihak terkena tempias dan dimaki hamun oleh rakyat Indonesia yang terlalu marah dengan apa yang berlaku meskipun Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddian sudah pun memohon maaf dan Presiden Joko juga dikhabarkan memaafkan Malaysia di atas kesilapan yang berlaku

Bendera
sumber: malaysiakini
Bendera2
sumber: mentari online

Namun, di sebalik kekecohan serta perkhabaran 15 laman web sekolah digodam dek kerana kemarahan rakyat Indonesia, Khairy Jamaluddin sekali lagi menarik perhatian dan meraih populariti. Kali ini ‘abah’ bukan mendapat perhatian rakyat Malaysia, sebaliknya mula menawan hati ‘cewek-cewek’ Indonesia.

Segalanya bermula apabila satu perkongsian di Twitter membandingkan Menpora (Menteri Pemuda dan Olahraga) Indonesia dan Malaysia tular di media sosial itu.

Menpora0
sumber: twitter

Menurut Malaysian Digest, semakan di Twitter menunjukkan perkataan ‘Menpora Malaysia Ganteng’ menjadi antara yang paling kerap digunakan rakyat di Indonesia untuk meluahkan rasa kagum dan tertarik dengan ketampanan Khairy.

Sebelum ini, popularitinya di Twitter semakin melonjak dalam kalangan netizen negara jiran apabila beliau menjadi menteri Kabinet pertama yang beraksi dalam Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Kj5
sumber: mmo

Bukan itu sahaja, menteri ‘tall, dark and handsome’ itu telah menawan hati gadis-gadis seberang dengan pakej yang dimilikinya. Rata-rata memuji menteri muda itu yang bukan sahaja mempunyai badan yang segak, tetapi juga hebat dalam bidang sukan.

Seorang netizen berkata,

“Insiden bendera terbalik di Sukan SEA ini ada hikmahnya. Kita dapat tahu bahawa Menpora Malaysia ini ganteng.”

Seorang lagi berkata,

“Menpora Malaysia berjaya memporak-perandakan hatiku.”

“Ya Allah, gantengnya!”

Menpora6
sumber: twitter
Menpora7
sumber: malaysian digest
Menpora8
sumber: twitter
Menpora9
sumber: twitter

Beberapa portal Indonesia juga dikatakan turut mendedahkan latar belakang Khairy selepas netizen di negara itu mula memberikan tumpuan terhadapnya. Makin famous lah abah!

Kj4
sumber: cosmopolitan
Kj3
sumber: twitter

Wah wah! Makin melonjak-lonjak populariti ‘abah’ kita ni ye. Semoga YB sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan di Sukan SEA.

Baca: 15 Laman Sesawang Malaysia Digodam Indonesia Gara-gara Insiden Salah Cetak Bendera

Page 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.