Suka Makan Ramen? Baca Peringatan Penting Ni!

Tambah ke Sumber Pilihan
Suka Makan Ramen? Baca Peringatan Penting Ni!

Tak dinafikan orang kat Malaysia ni suka makan makanan yang pedas-pedas. Sebab tu lah makanan dari Korea atau Jepun seperti spicy ramen ni famous gila kat sini. Siap join lagi buat Ramen Challenge.

2428
Sumber: Blog

Tapi makan terlalu banyak spicy ramen ni pun ada akibat buruknya. Melalui perkongsian di Facebook, netizen ni cerita pengalaman buruk isterinya gara-gara terlebih makan mi segera yang super pedas ni!


“Abang nak ingatkan semua, isteri abang makan benda ni tiap-tiap minggu dalam masa sebulan usus perut jadi luka. Ingat tak waktu semua orang kat Malaysia gila-gila buat Ramen Challenge ni? 

“Isteri makan habis sebekas. Tiap kali makan katanya tak pedas sampai langsung tak minum air!” katanya. Fuh power isteri abang ni! 

41990642 2118993924800763 7635724778749296640 N
Sumber: Facebook

Namun di sebalik kehebatan makan pedas, last-last isteri abang ni kena admit masuk hospital dan kena kos RM10,000 (semalam) untuk masukkan kamera dalam perut serta cari punca kenapa sakit sangat bahagian abdomennya tu.

“Dalam kamera dan x-ray dapat tengok bahagian luka tu. Doktor cakap kecil sangat tapi azabnya, Allah saja yang tahu. Luka di bahagian usus amat bahaya kerana kawasan yang sentiasa basah dan sukar untuk sembuh lukanya. 

“Punca kesakitan yang tak tertanggung tu disebabkan dinding usus atas luka akibat benda pedas ni,” katanya lagi.

Hipwee Screen Shot 2014 01 21 At 5.29.19 Pm
Gambar hiasan

Antara tanda-tanda perut korang luka: 

1. Rasa susah nak sendawa

2. Rasa angin dalam perut

3. Lama-lama perut akan rasa sakit macam kena cucuk kat hulu hati.

Take note lah ye bagi penggemar spicy ramen. Kalau perut korang tahan, then tak ada masalah lah sebab lain orang, lain penerimaan badan dorang. Apa-apapun kalau nak makan sesuatu, berpada-padalah.

Duit boleh cari, kesihatan tak ada ganti! 

Baca: Takut Batuk Dan Sakit Tekak? Ini Cara Betul Makan Limau Mandarin Yang Ramai Tak Tahu 

Batuk

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Suka Makan Ramen? Baca Peringatan Penting Ni!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/suka-makan-ramen-baca-peringatan-penting-ni/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM