in

“Sudah-sudahlah kecam dia! Sebenarnya aku salute ke dia sebab..”

kahwin viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi wedding video Farah dan Hadi yang viral tu?

Memang epiklah video tu sebab boleh dikatakan sebagai salah sebuah wedding video yang sangat out of this world!


Dengan lambakan grafik dan animation yang boleh dikatakan cukup unik, pecah kepala pengantin bila tengok video sendiri.

 

“Tak sangka kawan-kawan yg ada dalam friendlist yg kena..”

Tapi dalam ramai-ramai orang yang mengecam kat laman sosial ni, tak kurang juga ada pihak yang memandang positif dengan kreativiti abang videographer tu.

Dalam perkongsian di Facebook ni, Izzuddin Sukor berkata pasangan pengantin Farah dan Hadi bukanlah yang pertama kali dia tengok ada kerja-kerja editing menarik ni.

farah hadi video 1
Sumber: YouTube
farah hadi video 2
Sumber: YouTube

Rupa-rupanya, kawan-kawan sendiri pun pernah terkena juga dengan servis videographer yang sama. Siap pakai lagu Pulangkan dari Misha Omar!

Dia pun sempat juga kongsikan gambar videographer yang diperkatakan tu.

43220546 1826672397381835 3519514579954565120 o
Sumber: Facebook

43112345 1826672387381836 6711464240605036544 oSumber: Facebook

https://www.facebook.com/tuanmuda.izzuddinii/videos/pcb.1826674220714986/1826668280715580/?type=3&theater

 

“Walau apa pun aku bersimpati pada pasangan tu. Tak sangka kawan-kawan yg ada dalam friendlist yg kena. Moga 10 tahun lagi, 20 tahun atau 30 tahun nanti jadi kenangan manis asbab viralnya video ni.”

Kelakar memang kelakar, tapi bagi Izzuddin sebenarnya ada je yang positif kalau nak diikutkan dengan kreativiti dan usaha videographer ni.

video komenSumber: Facebook

video komen 2Sumber: Facebook

 

“Visual effect yang dia bubuh tu sangat la perlukan kesabaran yang tinggi”

Selain daripada tu, Izzuddin pun memuji juga kerja-kerja editing yang dibuat tu sebab ia sangat mengambil masa dan perlukan kesabaran yang tinggi .

Visual effect yang dia bubuh tu sangat la perlukan kesabaran yang tinggi. Aku yakin dia ni minat sangat nak menceburi bidang ni, cuma perlu diasah lagi sebab kesabaran dah ada.”

Bagi menyokong usaha videographer berkenaan, Izzuddin sempat mencadangkan kalau ada kawan-kawan lain yang mahu mengajar atau bawa abang tu ke kelas editing dan visual khas.

Yelah, siapa tahu kalau ada rezeki dia dan dengan tahap kreativiti yang lain daripada lain tu boleh buatkan abang videographer tu dapat lebih banyak job!

Video yang viral tu pun dah mencecah hampir sejuta view di YouTube! Boleh tengok di sini:

Baca: “Kau ingat ini PowerPoint presentation ke syaiton!” – Pengantin Terkejut Tengok Hasil Video Kahwin”

kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.