in

“Kau ingat ini PowerPoint presentation ke syaiton!” – Pengantin Terkejut Tengok Hasil Video Kahwin

Moto Meta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang adakan majlis perkahwinan, mesti korang nak abadikan kenangan sekali seumur hidup ni dalam bentuk gambar dan video supaya boleh tunjuk dekat anak cucu pada masa hadapan.


Namun seorang pengantin ni macam tak percaya dan terkejut pulak bila tengok video perkahwinannya ada kesan khas yang luar biasa sampaikan dapat perhatian dan kecaman netizen di media sosial! 

 

Letak motosikal atas masjid, ada efek roket meletop dalam video

Bagi yang tertanya-tanya apa yang teruk sangat editing video tu sampai netizen kecam beramai-ramai, eloklah korang tengok dulu video ni di bawah. Sehingga setakat ni, video ni dah dapat 13k thumbs down kat YouTube dan lebih 4,000 komen kecaman.

Antara perkara yang mendapat perhatian netizen ialah apa motif videographer ni edit video tu dengan letak motosikal atas masjid. Malah ada jugak yang tertanya-tanya kenapa banyak sangat nama pengantin (Farah & Hadi) ditulis dalam video tersebut.

43094694 995628397287150 6044232760409718784 N
sumber: facebook
43042303 995628473953809 3354935801153585152 N
sumber: facebook

Lagi kelakar, efek roket yang tiba-tiba muncul dalam minit ke-7 video memang tak logik langsung! Siap letak lagu Metalicca lagi masa pengantin tengah akad nikah. Aaaa admin kenot brain this! 

43066043 995628390620484 8614856839814709248 N
sumber: facebook
43124670 995628490620474 7392347746797092864 N
sumber: facebook

 

“Video awak ni unik…”

Obviously, pengantinlah antara yang paling stress bila tengok hasil video macam ni. Namun bila pengantin perempuan tanya kenapa videographer edit video kahwinnya sampai jadi macam ni, haa ini jawapan yang diberikan videographer tersebut.

43029683 995628350620488 3650469404119924736 N
sumber: facebook
43138829 995628357287154 1547220195532079104 N
sumber: facebook

 

“Apa ke babi video editing kau ni? Budak sekolah buat lagi cantik la bodoh.”

Macam biasa, bila perkara dah sampai ke media sosial dan dapat perhatian netizen, haa mulalah macam-macam komen yang keluar. Rata-rata netizen memang tak puas hati langsung dengan editing skill mamat ni.

Makan2
sumber: youtube

 

Pengantin perjelas hal sebenar

Sebab kerja kawin ni involved ramai pihak, pengantin yang terbabit tampil untuk jelaskan hal sebenar supaya tak ada yang terasa hati dan orang salah anggap pulak dengan servis yang dia gunakan masa kahwin.

: Surat terbuka,Terasa macam artis pulak hari ni. Sebenarnya, mula-mula nak buat tak tahu je. Tapi sebab benda ni dah…

Posted by Farah Nisa on Thursday, October 4, 2018

Apa-apapun perkara ni boleh dijadikan pengajaran buat pengantin kat luar sana supaya berhati-hati dalam memilih jurugambar dan juruvideo untuk perkahwinan korang. Sebaiknya tengoklah hasil kerja videographer ni sebelum tu supaya tak jadi macam pengantin kat atas ni. 

Baca: Jurugambar Tempelak Sikap Berlagak Tetamu Majlis Perkahwinan, Miliki iPhone 8 Namun Tiada Adab

V1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.