in

“Sudah ditetapkan ye!” – Rakyat Malaysia Hanya Boleh Bergerak Dalam Radius 10 KM Sahaja!

Untitled Design

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini merupakan hari yang ke-15 PKP dijalankan, polis masih lagi sibuk dalam rondaan dan penyekatan jalan bagi melindungi orang awam.


Masih ada yang tidak mengikut arahan seperti dimaklumkan oleh PM kita, hal ini menyebabkan ramai individu di tahan dan disaman.

Polis

Untuk pengetahuan korang, pergerakan dalam ‘radius 10 KM’ adalah salah satu syarat yang patut dipatuhi mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, lapor Berita Harian.

Akta 342 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

Dinasihatkan juga kepada mereka yang ingin mendapatkan keperluan, makanan, dan perubatan, mereka perlu ketempat yang paling hampir dari lokasi kediaman masing-masing.

Manakala, bagi yang melakukan tugasan rasmi yang melibatkan ke luar kawasan mereka hendaklah mendapatkan surat kebenaran majikan.

Selain itu makanan hanya boleh drive-thru, bungkus, atau penghantaran ke rumah sahaja.

Sebelum ini kerajaan juga menekan tidak dibenarkan menemani seseorang kecuali dengan alasan munasabah.

Mengikut Perintah Kawalan Pergerakan, yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan, sama ada barangan makanan, ubat-ubatan, hanya dibenarkan seorang iaitu ketua keluarga” – Menteri Kanan, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kerajaan menggesa agar rakyat mematuhi arahan dan kekalkan kebersihan bagi menghindari penyakit berjangkit ini.

Wahai rakyat malaysia, tolonglah patuhi arahan demi kebaikan kita juga.

 

Baca: PENTING! PKP Dah Masuk Fasa Ke-2, Ini 11 Peraturan Baru Dari Kerajaan Yang Korang Perlu Patuh

Annotation 2020 04 02 110116

Sumber: Sabah Post
Sumber: Yumpu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.