in

PENTING! PKP Dah Masuk Fasa Ke-2, Ini 11 Peraturan Baru Dari Kerajaan Yang Korang Perlu Patuh

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ni merupakan hari pertama fasa baru Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Dengan ini, kerajaan juga telah melaksanakan beberapa peraturan baru yang perlu dipatuhi orang ramai supaya kadar kes boleh dikurangkan dan kita semua tak perlu terkurung dalam rumah lagi dua minggu.


71585711937 Sekatanjalanraya

So, kat bawah ni admin kongsi peraturan baru yang korang kena tahu dan hopefully semua orang boleh bertanggungjawab dan ikut peraturan yang dah ditetapkan ni. Okay?

  1. Pasaraya, restoran, stesen minyak dan perkhidmatan penghantaran makanan hanya akan buka bermula pukul 8 pagi dan tutup pukul 8 malam setiap hari. So, takde alasan untuk korang keluar cari makanan lepas pukul 8 malam eh?
  2. Hanya satu orang saja dibenarkan dalam kereta bila keluar untuk membeli barang keperluan asas atau melakukan sebarang urusan. Lepas ni takde alasan korang nak teman pasanganlah, tak boleh nak berpisah apa semua…
  3. Disarankan untuk tak menyentuh orang yang menghantar makanan di rumah. Kalau boleh suruh je abang Foodpanda tinggalkan makanan depan rumah.
  4. Sekatan jalan akan dipertingkatkan dan pihak polis akan lebih tegas dalam mengambil tindakan. Dah takde dorang nak simpati dengan alasan tak masuk akal.
  5. Orang Malaysia yang baru pulang dari luar negara perlu ditahan di ‘pusat kuarantin’ dan tak boleh jumpa dengan keluarga selama 14 hari. Sebabnya sebelum ni ada orang yang degil tak nak buat self-isolation.
  6. Pengangkutan awam hanya akan beroperasi dari 6am hingga 10am dan sambung dari 5pm ke 10pm. In between tu jangan marah pulak kalau bas atau train tak muncul-muncul.
  7. Kenderaan peribadi hanya dibenarkan keluar dari 6 pagi hingga 10 malam saja. By the time pukul 10, jalan rasa kena kosong okay? No excuse!
  8. Teksi dan servis e-hailing lain hanya akan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam sahaja.
  9. Kenderaan komersial disarankan untuk berada di atas jalan dari 7 pagi hinggal 7 petang sahaja.
  10. Rekreasi, sosial dan aktiviti keagamaan adalah DILARANG 100%. So takde alasan korang *cough orang Mont Kiara* nak jogging walaupun takde orang.
  11. Harga siling topeng muka adalah RM1.50 sekeping. Walaupun mahal, dalam keadaan darurat macam ni, terpaksalah berkorban sikit.

31Tr004A1 1 600X405 1

Ini adalah antara peraturan-peraturan yang perlu korang patuhi untuk PKP fasa 2 ni. Sama-samalah kita berjuang untuk melawan epidemik ini dan duduk rumah diam-diam. Sikit je lagi nak habis ni. InshaAllah.

Jaga diri semua!

 

Baca: “Sedap sangat ka air ketum tu?” – 12 Individu Leka Minum Air Ketum Masa PKP Dicekup Polis

Combine Ketum

Sumber: TMR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.