in

Sudah Ditahan & Dibebaskan, Sajat Mohon Kebenaran Pindah Ke Australia

Ft Sajat Ditahan Di Thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih mesra dengan panggilan Nur Sajat dikatakan telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand 8 September lalu.



Penahanannya itu dibuat selepas pihak berkuasa Thailand menerima maklumat mengenainya oleh pihak berkuasa Malaysia. Sumber memaklumkan bahawa ketika serbuan, Sajat telah ditahan si sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki yang berperwatakan wanita dari Thailand.

Dah dibebaskan dengan jaminan RM 8,343 tetapi…

Sajat Ditahan Di Thailand 3

Menerusi Harian Metro, sumber menyatakan bahawa pihak PDRM memkalumkan hal Sajat lolos ke negara itu pada awal Mac lalu dan jabatan imigresen Thailand berusaha untuk mengesannya.

“Pada 4 Jun, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok. Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya.”

“Hasilnya, Nur Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia.”

Sumber juga memaklumkan bahawa ketika serbuan Sajat hanya tunjukkan salinan pasport menerusi telefon bimbitnya.

Usahawan kosmetik 36 tahun itu kemudiannya ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen.

Sajat Ditahan Di Thailand

Sajat didakwa di mahkamah Thailand pada 9 September lepas, walaubagaimanapun dia telah dibebaskan keesokan harinya dengan jaminan RM 8,343 oleh seorang warga tempatan.

“Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat.”

Sumber juga melaporkan bahawa Sajat kini masih berlindung di kondominium mewah tersebut. Biarpun dia telah dibebaskan, dikatakan dia kini masih dalam pemantauan pihak berkuasa di sana.

“Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Nur Sajat diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari.”

Pihak berkuasa Malaysia tengah buat rundingan bawa balik ke Malaysia, Sajat tengah berusaha pindah ke Australia.

Sajat Ditahan Di Thailand 2

Sumber juga kongsikan bahawa pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Sajat ke sini.

“Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada tahun 2018 itu sedang berlangsung.”

“Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang. Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya.”

Sajat Ditahan Di Thailand 4

Sewaktu disoal siasat, Sajat mengatakan bahawa dirinya sedang mendapatkan kebenaran untuk berpindah dan berlindung di Australia.

Semakan mendapati bahawa dia memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang mengesahkan dia adalah seorang pelarian.

“Semakan mendapati Nur Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok.”

Sajat juga memaklumkan bahawa dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia. Dikatakan ibu pejabat UNHCR di sana juga menyediakan peguam untuk Sajat agar dapat membantunya untu berpindah ke Australia.

“Beberapa urusan berkaitan perpindahan Nur Sajat juga sedang diusahakan UNHCR dengan wakil kedutaan Australia di Bangkok.”

Kata sumber lagi, alasan Sajat untuk berpindah ke negara Australia adalah dia dapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain daripada mengaku bahawa dirinya diburu oleh pihak JAIS.

 

Baca : “Aik takkan tak dapat trace lagi” – Muat Naik Video Divaksin, Netizen Tertanya-tanya Di Mana Sajat

Sajat Divaksin Di Mana Sajat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.