“Aik takkan tak dapat trace lagi” – Muat Naik Video Divaksin, Netizen Tertanya-tanya Di Mana Sajat

Tambah ke Sumber Pilihan
“Aik takkan tak dapat trace lagi” – Muat Naik Video Divaksin, Netizen Tertanya-tanya Di Mana Sajat

Tidak lama dulu, kecoh di media sosial akan ‘kehilangan’ usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kes tanpa sebab pada 23 Februari lalu.

Sejak dari itu, ada di kalangan netizen mula ‘menyiasat’ di mana keberadaannya kerana hingga kini pihak polis masih belum berjaya menahan usahawan ini.


Walau bagaimanapun, baru-baru ini menerusi akaun TikTok, Sajat telah memuat naik video dia sedang divaksin oleh petugas kesihatan.

Menerusi kapsyen video tersebut, Sajat ada menulis beberapa hashtag termasuklah jenis vaksin yang diambilnya iaitu Pfizer dan Moderna. Eh Malaysia ada ambil Moderna ke?? 

“Aik takkan pi vaksin tak dapat trace lagi” 

Video tersebut telah menimbulkan persoalan di kalangan netizen yang mana rata-rata agak pelik bagaimana Sajat masih tidak dapat ditemui atau ditahan pihak polis sedangkan dia boleh divaksin dengan bebas di fasiliti kesihatan.

Nur Sajat VaksinSumber: TikTok

“Korang tengok wall plug negara mana tu? Thailand kan?” 

Walau bagaimanapun, bagaikan Detektif Conan, netizen akhirnya meneliti video tersebut dan mendapati sebenarnya Sajat tidak mengambil vaksin di Malaysia.

Menurut salah seorang netizen, menerusi video itu dapat dilihat soket plug yang kelihatan sangat berbeza dari Malaysia dan didakwa itu adalah soket dari negara Thailand.

Nur SjatSumber: TikTok

Malah ada di kalangan netizen juga mendakwa, hanya Thailand saja yang mengambil vaksin Pfizer dan Moderna serta mencampurkan penggunaan dua vaksin tersebut. Sebab itulah Sajat menggunakan hashtag dua jenis vaksin itu. Amboi netizen laju ye bab-bab ni! 

Thailand Mix JabSumber: TikTok

Apa-apapun, walau di mana Sajat berada harap satu masa nanti dia akan pulang juga ke Malaysia untuk berhadapan beberapa perkara yang tergendala di sini.

Baca: “Saya tak tahu pasal Sajat dan kalau boleh tak nak ambil tahu” – Adik Perempuan Sajat Bersuara Isu ‘Kehilangan’ Abang

Adik Sajat

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Aik takkan tak dapat trace lagi” – Muat Naik Video Divaksin, Netizen Tertanya-tanya Di Mana Sajat
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/aik-takkan-tak-dapat-trace-lagi-muat-naik-video-divaksin-netizen-tertanya-tanya-di-mana-sajat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM