in

“Such a good boy” – Cedera Ditembak Masa Bertugas, Arlo, Anjing K9 Diberi Penghormatan Terakhir Sebelum Bersara

3Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang tahu tak anjing polis ni pun sebahagian daripada anggota polis. Mana tidaknya, mereka yang dikenali sebagai K9 ini turut terlibat dalam tugas kepolisan.


Cakap pasal unit K9 polis ni, ada satu video yang agak sedih melibatkan seekor anjing polis yang telah cedera ketika bertugas. Anjing tersebut yang bernama Arlo telah diberikan penghormatan selepas keluar dari hospital.

Sebaik Arlo keluar dari hospital, ia disambut beberapa anggota polis yang lain dan turut disambut sebaik tiba di rumah tuannya.

Korang boleh tengok video penghormatan terakhir Arlo dalam video @DrAfiqS kat bawah ni.

 

Penghormatan terakhir

Admin sebak tengok video ni. Kesian tengok Arlo jalan terhenjut-henjut macam tu.

Screenshot 2021 01 23 At 3.33.17 PmBetul, kalau kita elok dengan kawan-kawan sekerja, memang akan dihargai bila kita bersara ataupun tamat perkhidmatan.

Screenshot 2021 01 23 At 2.39.43 Pm Screenshot 2021 01 23 At 2.39.21 Pm Screenshot 2021 01 23 At 2.39.29 PmSebagai seorang pencinta haiwan, admin memang terkesan dengan keadaan Arlo selepas cedera ketika bertugas. Harap Arlo cepat sihat walaupun dah tak boleh bertugas lepas ni.

 

Baca: “Dog is man’s best friend” – Anjing Peliharaan Setia ‘Berkampung’ 6 Hari Depan Hospital Tunggu Tuan Discharged

Good Girl Anjing Peliharaan Berkampung 6 Hari Depan Hospital Tunggu Tuan Discharge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.