“Suatu hari nanti bila kau kehilangan semuanya..” – Selepas Kematian Isteri 2 tahun lalu, Lelaki Ini Beri Nasihat Untuk Alif Aziz

Jadikan sumber pilihan di Google
“Suatu hari nanti bila kau kehilangan semuanya..” – Selepas Kematian Isteri 2 tahun lalu, Lelaki Ini Beri Nasihat Untuk Alif Aziz

Kecoh sebelum ini apabila penyanyi dan pelakon dari Singapura, Aliff Aziz didakwa berlaku curang selepas didapati bersama seorang artis, Oktovia Manrose di sebuah kelab malam.

Pendedahan yang dibuat oleh isteri Aliff sendiri, Bella Astillah itu telah dimuatnaik di Instagramnya.


Komen di Instagram Bella

Walaupun Aliff dah memohon maaf berhubung perkara itu dan telah diterima oleh isterinya, sebuah komen yang ditinggalkan dalam Instagram Bella menarik perhatian netizen.

Bella Aliff 5
Sumber: Instagram

Seorang lelaki telah berkongsi kehidupan yang dirindui selepas kehilangan isterinya 2 tahun lalu.

Dalam catatannya, lelaki ini menyesal meninggalkan isteri dan anak kerana selalu pulang lewat malam demi kerja.

Bella Aliff 2
Sumber: Instagram

“..Kau takkan rasa benda ni selagi hati kau masih lagi punya ‘keseronokan’ paling utama..”

Dia juga mengingatkan Aliff, keseronokan yang dilakukan sekarang akan hilang begitu saja suatu hari nanti.

Jangan pula nak tercari-cari dan menyesal tinggalkan keluarga waktu tu!

Bella Aliff 3
Sumber: Instagram

Waktu cutilah masa yang ada untuk luangkan dengan keluarga. Masa itulah akan buat kita teringat-ingatkan isteri tersayang bila dah tak ada.

Dia juga sempat nasihatkan Aliff untuk henti sakitkan hati Bella. Nanti orang lain bahagiakan Bella, baru tahu!

“Agaknya inilah perasaan ayah aku..”

Komen lelaki ini pun dah viral kat laman Twitter. Siapa tak sedih weh bila baca luahan hati dia.

Hanya yang pernah rasa kehilangan orang tersayang je tahu pahit perasaan tu.

Bella Aliff 6
Sumber: Twitter
Bella Aliff 4
Sumber: Twitter
Bella Aliff 7
Sumber: Twitter

Ini bukanlah kali pertama Aliff ditangkap berlaku curang. Sebelum ini, dia didakwa melakukan perkara sama bersama Afifah Nasir semasa belakon dalam sebuah drama lain.

Aliff dan Oktovia dikatakan ada hubungan menjalin ‘cinta lokasi’ selepas membintangi sebuah telefilem.

Baca: Kata Semua Lelaki #MenAreTrash, Pemuda Ini ‘Kantoikan’ Mesej Gadis Ini Yang Minat Dia Masa Tengah Ada BF

Miang4

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Suatu hari nanti bila kau kehilangan semuanya..” – Selepas Kematian Isteri 2 tahun lalu, Lelaki Ini Beri Nasihat Untuk Alif Aziz
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/suatu-hari-nanti-bila-kau-kehilangan-semuanya-selepas-kematian-isteri-2-tahun-lalu-lelaki-ini-beri-nasihat-untuk-alif-aziz/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen