“Suara ayam tu lagi sedap” – Ayam ‘Invade’ Video Cover 3 Gadis Ini, Netizen Ketawa Tak Ingat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah tak korang alami benda-benda pelik atau kelakar waktu tengah video call atau time merakam sesuatu? Setakat kena kacau dengan adik-beradik sendiri tu kira biasa je tu. Kalau ‘something‘ muncul, itu dah boleh panggil Misteri Nusantara. Tapi kalau ada haiwan yang buat cameo, itu luar biasa!

Video tiga gadis yang baru nak mula rakam ‘cover’ depan kamera ini confirm lain dari yang lain. Video berdurasi 1 minit itu dikongsi oleh pemilik akaun twitter @SyedAliff. Memang pecah habis lah, ayam pun nak join ‘cover’ sekali. 

Tiba-tiba ada ayam

Siapa sangka, baru nak start layan lagu tiba-tiba member tersedar ayam masuk rumah. Ingatkan tak masuk bilik, sekali sampai ke depan laptop terus. Siap boleh join menyanyi sekali pulak tu.

Niat asal nak buat cover konon-konon nak viral lah tu. Amek kau sekali ayam pun join. Memang viral lah dik oi. 

Ayam pun pandai menyanyi apa. Pagi-pagi dah dengar. Tapi yang bunyi ‘porkporkpork’ macam bukan bunyi ayam je? Bukan ‘pork’ tu… hmm takpelah

Mesti kena panggil, kalau tak japgi dia buat bilik tu reban dia. Buat lah apa cara sekali pun, tangkap ke panggil ke, janji dia tak duduk dalam bilik dah. Krukkrukkruk tu adalah dekat sikit bunyi dari ‘porkporkpork’ tu. 

Weh tak baik lah korang. Susah weh kalau ayam tu berak. Memang surrender terus lah bilik tu bagi dekat ayam tu. Tapi mungkin dia berak jugak kot. cuma tak tunjuk untuk tontonan umum je. 

 

Kepada mereka yang nak buat video cover ke nak rakam apa-apa ke, atau nak buat video TikTok sekali pun, make sure lah line tu agak-agak clear sikit. Tak mau lah sampai ada benda lain dok sibuk nak buat cameo gak. Selamat merakam!

 

Baca: “Ingat siren lagu Kill This Love” – Tak Sengaja Halang Jalan Bomba, Netizen Gelakkan Dua Remaja Ini

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.