in

Lelaki Gadai Nyawa Masuk Kedai Terbakar Demi Bantu Padamkan Api Kebakaran

Z 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda menjadi saksi kebakaran di kawasan berdekatan, apa yang anda akan lakukan? Kebanyakannya mungkin akan membantu dengan menelefon pihak bomba dan penyelamat serta ambulans.


Namun, seorang lelaki berusia 30 tahun dari Dungun, Terengganu ini memberanikan dirinya untuk memasuki kedai yang terbakar demi membantu memadamkan api kebakaran. Ini baru namanya hero!

T1 1
gambar hiasan

Abdul Hadi Rosli bekerja sebagai pemandu lori ais dan sedang membuat penghantaran di kedai berhampiran sebelum terdengar jeritan meminta tolong.

Beliau yang juga ahli Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Dungun bagaimanapun tidak memakai seragam ketika itu namun tetap mengambil risiko untuk memadam api kebakaran.

Saya terus meluru masuk ke dalam kedai dan guna alat pemadam api yang ada dalam bangunan itu untuk padam kebakaran,” kata Hadi.

Ketika sedang membantu memadamkam api, salah seorang pekerja kedai mencabut kepala tong gas dan malang tidak berbau, api terus menyambar alat semburan pemadam api yang digunakan ketika itu.

Disebabkan itu, Hadi melecur di bahagian muka dan lengan akibat terkena sambaran api namun dimaklumkan bahawa kecederaan yang dialami tidak terlalu teruk.

T2 1
sumber: sinar harian

“Ketika terkena sambaran saya tidak merasakan sakit namun selepas selesai padam kebakaran dan mahu menyambung semula kerja saya, ketika itu baru terasa sakit,” katanya.

Hadi kemudian terus menghubungi APM dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Oleh kerana itu, Hadi tidak dibenarkan keluar bekerja kerana kecederaan yang dialaminya tidak boleh terdedah kepada cuaca panas. Meskipun begitu, Hadi memaklumkan bahawa kecederaan itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus membantu di masa akan datang.

Aspek keselamatan memang diutamakan tetapi apa yang berlaku di luar jangkaan. Bagaimanapun saya tidak serik dan akan terus menyumbang khidmat demi manfaat orang ramai,” akhiri Hadi.

Kita perlu lebih ramai orang seperti Hadi yang membantu orang ramai dengan ikhlas dan berani merisikokan dirinya. Bravo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.