“Suami saya seorang muslim yang baik” – Rihana Tepis Dakwaan ‘Sampah’ Yang Dia Bercerai Dengan Sultan?

Tambah ke Sumber Pilihan
“Suami saya seorang muslim yang baik” – Rihana Tepis Dakwaan ‘Sampah’ Yang Dia Bercerai Dengan Sultan?

Nampaknya spekulasi mengenai perceraian antara bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ini masih belum berpenghujung.

Rihana tampil sekali lagi beri respon berhubung dengan dakwaan pasal isu surat cerai tu.


Tidak menerima sebarang surat daripada pihak mahkamah

https://www.instagram.com/p/B0ZMWuRiIAe/

Menerusi Instagram miliknya, khabar yang selama ini kita dengar itu tak betul, kata Rihana yang kini berada di Rusia bersama anaknya, dia langsung tidak menerima sebarang surat daripada pihak mahkamah yang mengatakan mereka dah sah bercerai.

Ketika mendapat tahu mengenai berita perceraian itu, saya dan Leon berada di rumah kami di Rusia. Saya tak menerima sebarang sepina atau surat mahkamah.”

Malah Rihana juga menegaskan bahawa ‘suaminya’ itu tidak akan membuat tindakan sedemikian tanpa pengetahuannya.

Suami saya seorang Muslim yang baik, dia tidak akan membuat tindakan sedemikian tanpa pengetahuan saya.”

Tambahnya lagi, segala spekulasi dikhabarkan selama ini tidak sah dan dia harus berani untuk mempertahankan maruah keluarganya.

Artikel-artikel terbaru yang disiarkan oleh media adalah tidak sah. Saya tidak akan tunduk kepada provokasi dan kekal berniat untuk mempertahankan maruah keluarga saya.”

Tegas Rihana lagi, selama ini dia berdiam diri bukanlah dia mengiyakan spekulasi -spekulasi yang dikhabarkan ini.

Berdiam diri membawa maksud saya mengiyakan kebohongan. Anak, keluarga dan seluruh dunia sedang melihat saya, dan saya tak berhak untuk mengalah.”

Sebelum ini Rihana ada membuat kenyataan bahawa dia masih isteri kepada Sultan Muhammad V, namun muncul pula kenyataan yang dikatakan peguam kepada Sultan Muhammad V mengesahkan perceraian itu dengan melampirkan satu surat.

Baca : “Boleh buat DNA test” – Rihana Oksana Terkesan Kenyataan Peguam Tuanku, Minta Lakukan Ujian DNA Untuk Kepastian

Dna

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Suami saya seorang muslim yang baik” – Rihana Tepis Dakwaan ‘Sampah’ Yang Dia Bercerai Dengan Sultan?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/suami-saya-seorang-muslim-yang-baik-rihana-tepis-dakwaan-sampah-yang-dia-bercerai-dengan-sultan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM