fbpx
in

“Stamina bukan biasa-biasa” – Wai Ching Catat Rekod Dunia Daki Tangga 1.295KM Dalam 1 Jam

3Tangga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka naik tangga banyak-banyak boleh pecah rekod dunia. Itulah yang dilakukan oleh pelari menara nombor dua dunia, Soh Wai Ching berjaya mengatasi rekod Guinness World Records selepas selesai melakukan cabaran pendakian tangga dalam masa satu jam.
Dalam rekod tersebut, Wai Ching berjaya menghabiskan larian menegak di Hotel Four Seasons dengan jarak sejauh 1.295 kilometer.
Screenshot 2020 11 21 At 2.55.07 Pm
Menurut laporan Astro Awani, Wai Ching berlari hingga ke tingkat 66 bangunan tersebut dan kemudian mengambil lif untuk ke tingkat bawah, sebelum berlari semula ke atas berulang kali dari jam 9 hingga 10 malam. Walau bagaimanapun, pelari menara negara itu kini sedang menunggu keputusan rasmi daripada Guinness World Records untuk diiktiraf sebagai pemecah rekod berkenaan.
Screenshot 2020 11 21 At 2.53.31 Pm
Sumber: instagram @mastowerrunner

Menurut pengadil Guinness World Records, Swapnil Dangarikar, pihaknya sedang meneliti semula rakaman percubaan pelari negara itu.


Screenshot 2020 11 21 At 2.53.57 Pm
Sumber: instagram @mastowerrunner

Sementara itu Wai Ching menjelaskan beliau sangat berpuas hati dengan pencapaian yang dilakukannya selepas sekian lama mengidam gelaran pelari menara nombor satu dunia.

Korang yang tinggal dekat apartment tu apa lagi, try lah berlari macam Wai Ching ni. 

 

Baca: Lelaki Austria Pecah Rekod Dunia Berendam Dalam 200kg Ais Lebih 2 Jam

Screenshot 2020 11 21 At 3.04.52 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top