in

Lelaki Austria Pecah Rekod Dunia, Berendam Dalam 200kg Ais Lebih 2 Jam!

Untitled Collage 4 1 E1609643627157

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalaulah ditawarkan berjuta ringgit untuk catat rekod berdiri dalam ais selama berjam-jam lamanya, korang sanggup tak? Setakat makan ais krim pun sampai brain freeze dibuatnya, inikan pula nak tahan sejuk berendam dalam ketulan ais!


Tapi ada seorang lelaki dari Austria yang berani sahut cabaran itu demi untuk cipta satu rekod baharu.

Dengan hanya berseluar renang, Josef Koeberl masuk ke dalam sebuah kotak khas yang kemudiannya dipenuhkan dengan ais sehingga paras bahunya. The Guardian melaporkan, lebih 200 kilogram kiub ais diperlukan untuk memenuhkan kotak kaca tersebut.

Sepanjang cubaan untuk memecahkan rekod itu, Koeberl hanya berdiri dengan kedua-dua tangannya dirapatkan ke dada — dan mampu bertahan selama 2 jam, 30 minit 57 saat, sekali gus memecahkan rekod lamanya tahun lalu iaitu 2 jam, 8 minit 47 saat.

Intentodercordmun30461207 83403E4F

Tak pasti bagaimana orang lain mampu melakukan apa yang dilakukan Koeberl, namun lelaki itu berkata sepanjang cubaan tersebut — beliau perlu sentiasa memfokuskan kepada emosi positif bagi melawan kesakitan akibat suhu yang terlampau sejuk.

Koeberl berkata, kekuatan mental sebenarnya memainkan peranan besar dalam melakukan cabaran seumpama itu, ditambah pula dengan sokongan daripada orang ramai yang menontonnya ketika itu.

Tahun depan, Koeberl turut merancang untuk melakukan aksi sama sekali lagi di Los Angeles.

 

Baca: “Ni kerja gila namanya” – [VIDEO] Tiga Maut Lepas Berenang Dalam Kolam ‘Dry Ice’ Masa Sambut Birthday Instafamous

Capture 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.